-

Thursday 25 July 2013

Nak masuk Sekolah Menengah Dah


Cepatnya masa berlalu, tengok2 Along dah nak masuk sekolah menengah tahun depan.  Pilihan sekolah perlu dibuat berdasarkan kategori2 yang tertera didalam borang. Cepatnya kena isi borang Kemasukan Sekolah Menengah ini. Sekarang baru bulan 7.

Nampak gayanya tak lama lagi Along dah tak perlu ke taska/nursery lagi untuk transit. Dah Sekolah Menengah nanti tidaklah sesuai untuk ke taska/nursery. Along kena berdikari untuk urusankan diri ke Sekolah Menengah nanti. Pastinya,Tingkatan 1 akan belajar di sesi petang. Alahai cepatnya masa berlalu. Anak2 makin membesar, umur semakin meningkat.





Area rumah saya, banyak pilihan Sekolah Menengah. Jadi kenalah buat pilihan yang tepat. Pastinya, pilihan untuk kami ialah Sekolah yang paling dekat dengan rumah. Hanya 0.7km dari rumah, hanya perlu berjalan kaki sahaja. Dah besar dah anak mama ni.

No comments:

Post a Comment