Pagar Padang Sekolah dibuka untuk parking para tetamu agar kesesakan lalulintas tidak berlaku di sekitar kawasan sekolah. |
Hanya pelajar2 tahun 6 sahaja diminta untuk membuat pendaftaran kerana solat hajat ini khas buat pelajar yang akan menduduki UPSR pada September nanti. |
Aturcara majlis bermula jam 6.00 petang dengan pendaftaran dan berakhir jam 10.30malam selepas solat Tarawih |
Makanan untuk pelajar2 telah disediakan awal2 dikantin untuk mengelakkan pelajar2 beratur lama. Pelajar2 berbuka puasa dikantin manakala para ibubapa berbuka di tempat yang disediakan. |
Along & Rakan2 sedang menjamu selera. Inilah antara bakal2 UPSR tahun ini.Along berbaju melayu hijau tua diapit 2 rakan karibnya. |
Terdapat juga kambing golek. Buah-buahan juga dihidangkan sebagai pencuci mulut. Mukhriz sempat juga makan kambing. Hanya dia je dalam keluarga kami yang makan kambing. |
No comments:
Post a Comment