Sabtu lepas, jam 10.00 pagi sudah berada di Midvalley untuk membeli baju raya. Dan seperti biasa kami ke Metrojaya untuk membuat pilihan. Metrojaya ada buat promotion dengan setiap pembelian RM350 akan dapat RM50 voucher.
Mukhriz sedang menunggu papanya @ Fitting Room |
Sebentar
sahaja kami di Metrojaya. Sekadar membeli sehelai t-shirt dan kemeja
untuk En.H. Manakala untuk Mukhriz sehelai seluar jeans & t-shirt.
Itu pun dah melebihi RM350++. Dapat RM50 voucher dari Metrojaya. Emm...duit oh duit. Saya dan Along tak beli apa2 pun @ Metrojaya.
Singgah sebentar di MPH untuk membeli majalah dan buku rujukan agama untuk saya. Sedang memilih buku, sedar2 Mukhriz tak ada disisi. Panik sekejap. Tanya En.H, mana Mukhriz? Kata En.H cuba cari kat Majalah Sukan tuu, mesti dia ada kat sana. Emmm, siap duduk bersila lagi. Macam mana mama nak nampak. Maklumlah bulan puasa, penat lah tuu. Kebiasaannya dia kan baca berdiri je.
Selesai di MPH singgah sebentar di butik Santa Barbara @ Level 3 untuk membeli selipar En.H. Inilah yang sempat dibeli weekend lepas dalam masa 2 jam di Midvalley.
Selesai membeli terus pulang kerana perlu menjemput Along pulang dari Sekolah Kebangsaan. 2 minggu berturut2, hari sabtu Mukhriz tak ke sekolah ganti. Sebab katanya mesti
mama dan papa nak gi mana2. Lagipun katanya semua pelajar kena pergi
sesi pagi, jadi pelajar tahun 1-3 kena duduk dewan join aktiviti
sekolah. Along memang setiap sabtu ke Sekolah sebab ada kelas tambahan untuk UPSR.
Sampul Raya dari Metrojaya sama corak Paper Beg Raya |
No comments:
Post a Comment