Saya
bukan sahaja diuji dengan kelahiran ini. Malah saya juga diuji dengan
kegawatan ekonomi syarikat dimana tempat saya bekerja. Gaji tidak
menentu. Sedangkan saya perlukan duit untuk pembedahan ini. Suami saya
pula baru memulakan perniagaan dan banyak duit diperuntukan untuk
syarikatnya. Ya Allah, permudahkan segala urusan ku. Selamatkan anakku.
Di saat2 saya perlukan duit untuk pembedahan ini, saya buntu seketika kerana saya mendapat tahu dari pihak syarikat yang mereka tidak mampu membayar kesemua gaji, medical claim dan elaun2(outstation ke terengganu) saya yang tertunggak. Saya bertarung dengan nyawa anak sendiri demi duit. YA ALLAH, tolonglah hambaMU ini. Hanya linangan airmata dan doa sahaja ketika itu. Saya bukan meminta dari syarikat tempat saya bekerja TAPI saya nak hak saya.
Kesabaran demi kesabaran saya tanam dalam diri ini. Pihak syarikat akhirnya membayar sebahagian dari gaji, dan elaun2(outstation ke terengganu) sehari sebelum pembedahan pertama. Walaupun saya tidak mendapat sepenuhnya hak saya tapi saya tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya mereka juga masih prihatin dengan situasi yang saya alami.
berumur 3 bulan |
16 Nov 2007(Jumaat) arwah Feqah Insyirah dimasukkan ke wad untuk menjalani pembedahan pertama pada 17 Nov 2007(Sabtu). Untuk menjalani pembedahan ini, arwah perlu mempunyai berat sekurang2nya 5kg. Pada masa itu, arwah mengalami sedikit selsema. Setelah selesai membuat pendaftaran dan pembayaran di kaunter SMC (KPJ Selangor), kami dibenarkan masuk wad. Jam 5.00 petang datang Doktor membuat pemeriksaan. Didapati arwah tidak boleh menjalani pembedahan keesokkan harinya kerana keadaan kesihatan yang tidak stabil. Maka doktor berikan tarikh baru iaitu pada 30 Nov 2007 untuk dimasukan semula ke wad. Sebelum pulang datang staf hospital menanya saya "akak, akak nak ambil balik tak duit deposit akak tu". Saya menjawap "dik, biarlah duit deposit tu disimpan dihospital, akak tak mahu bawa pulang duit tersebut kerana duit itu memang untuk kos perubatan anak saya".
Untuk menjalani pembedahan ini, memerlukan kos yang agak tinggi. Demi mu anak, mama dan papa akan pastikan ianya mampu dilaksanakan. Mama dan papa cuba lakukan yang terbaik untukmu(arwah Feqah Insyirah). Perjalanan hidupmu perlukan pengorbanan kami.
Maka pada 30Nov 2007(Jumaat) kami kembali ke SMC (KPJ Selangor) untuk mendapatkan rawatan. Alhamdulilah keadaan arwah stabil dan pembedahan dijalankan seperti yang dijadual. Pembedahan ini diketuai oleh Datuk Dr Zakaria Zahari yang merupakan visiting Doktor di SMC (KPJ Selangor) .
Seperti biasa sebelum sesuatu pembedahan perlu berpuasa. Kesian bila melihat anak kecil yang perlu berpuasa. Arwah tidak dibenarkan minum susu selepas jam 4.00 pagi kerana pembedahan akan dijalankan pada pukul 8.00 pagi. Ketika pembedahan ini arwah baru berumur 4 bulan. Pembedahan ini mengambil masa hampir 3jam lebih. Saya ketika itu begitu kepenatan kerana tidak dapat tidur pada malam sebelum pembedahan kerana terlalu bimbang akan arwah.
Sepanjang pembedahan dijalankan doa tak puas2 dipohon.Hati ini berkata-kata "aku berserah padamu YA ALLAH, berikan yang TERBAIK untuk ku dan anakku". Setelah 3 jam lebih berlalu saya di panggil untuk melihat anak saya. Alhamdulilah, syukur diucapkan.
menangis menahan kesakitan |
Arwah
diwadkan selama 5 hari. Arwah kesakitan dan sering mendengar
tangisannya. 2 bahagian badan anak kecil ini dioperate. Sesungguhnya
mama sangat kagum dengan mu nak(arwah Feqah Insyirah). Kamu berjaya
mengharungi segala derita itu.
Sepanjang
malam En.H datang menemani saya dan arwah. Dan sepanjang malam juga
En.H berusaha menyiapkan kerjanya dihospital demi mencari rezeki untuk
kos pembedahan yang ke 2 pula. Bila melihat kesungguhan En.H, hati
seorang isteri berkata "YA ALLAH, murahkan rezeki kepada kami, agar kami
mampu mendapat rezeki untuk membayar pembedahan ke2" . Apabila
memandang ke arah anak, hati seorang ibu berkata "duhai anak, mama dan
papa akan cuba lakukan sebaik mungkin untukmu, kaulah amanah yang agung
dari ALLAH yang dianugerahkan kepada kami, kami yakin kamu juga kuat".
Alhamdulilah, keadaan arwah stabil dan dibenarkan pulang. Dan akan ada 2nd operation pula.
Alhamdulilah, keadaan arwah stabil dan dibenarkan pulang. Dan akan ada 2nd operation pula.
paham sangat perasaan itu ..... anak adalah segala2nya ..... terima kasih sbb berkongsi ....
ReplyDelete