Berusia 2 1/2 tahun. Syukur anak ini telah sihat sepenuhnya. |
Majlis
Kesyukuran dibuat sempena arwah Feqah Insyirah berumur 2 1/2 tahun. Rasa
syukur kehadrat ILAHI atas segala urusan yang dipermudahkan.
Alhamdulilah akhirnya arwah Feqah Insyirah kini normal seperti kanak2
lain. Perkembangan arwah Feqah Insyirah sangat positif. Arwah seorang a
nak yang sangat bijak, sangat fokus, senang mempelajari al-quran. Sangat
bahagia dengan tingkah lakunya.
Seekor lembu dikorbankan untuk Majlis Kesyukuran ini. Majlis ini diadakan sempena tanda syukur setelah Arwah sihat sepenuhnya. |
Kenduri
diadakan pada hari ke 2 raya haji iaitu 28 Nov 2009(sabtu) . Kenduri ini
dibuat di rumah keluarga En.H. Seekor lembu telah dikorbankan untuk
majlis kesyukuran ini. Kebetulan hari ni juga merupakan hari lahir En.H
yang ke 3* tahun. Memandangkan majlis ini berkaitan dengan arwah Feqah
Insyirah maka ramai yang datang usik2 arwah. Maka berkepit la arwah
dengan saya ke sana ke mari. Nak snap gambar pun tak sempat. Lagipun
tetamu ramai, tambah-tambah lagi kenduri itu kenduri kita. Baru tau
penat rupanya buat kenduri. Patut la mak ayah kalau sesekali buat
kenduri tak cukup tidur.
Bingkisan untuk tetamu yang hadir |
Arwah seorang yang sangat kuat semangat. Arwah hadapi kehidupan dengan penuh kesabaran dan ketenangan. Arwah kekadang agak kerap sakit perut. Bila sakit perut, arwah akan berdiam diri tapi rengetan atau menangis. Senang nak jaga arwah ni. Belaian ibu dan ayah yang mampu meredakan kesakitannya. Kebiasaannya kanak2 yang normal pun kekdg ada sembelitnya. Inikan pula arwah yang terpaksa menjalani 2 pembedahan, sebab itulah arwah agak kerap sakit perut.
No comments:
Post a Comment