-

Monday, 27 August 2012

1 Syawal - 8 Syawal 1433


Kami menyambut Syawal tahun ini dengan perasaan yang Hiba, Sayu dan Kerinduan. Takkala orang lain bergembira kami diselebungi perasaan yang sayu terkenangkan arwah Feqah Insyirah. Rindu akan gelak tawanya, rindu akan gelagatnya dan rindu akan raut wajahnya. Kami sekeluarga tempuhi dugaan ini dengan penuh kesabaran.

Kami menziarahi pusara arwah Feqah Insyirah 2 kali iaitu sebelah pagi (kami dan ahli keluarga En.H) manakala petang selepas asar kami sekali lagi menziarahi pusaranya (kami dan ahli keluarga saya).

Saya cuba untuk menyembungikan airmata ini namun naluri seorang ibu tidak boleh menipu perasaan. Akhirnya saya tewas bertarung dengan perasaan sendiri. Tanpa disedari airmata berlinangan dipipi. Kerinduan terhadap arwah Feqah Insyirah tak dapat dilupakan takkala memandang kanak2 perempuan yang sebaya dengan  arwah Feqah Insyirah.


2 syawal 1433 genap 12 tahun usia perkahwinan kami. Tanggal 2 syawal 1421H (28 disember 2000) kami bergelar suami isteri. Kami menyambut 2 kali aniversary iaitu setiap 2 syawal dan juga setiap 28 Disember. Alhamdulilah kami layari alam perkahwinan ini dengan penuh kebahagian. Dugaan yang datang kami lalui dengan penuh kesabaran.

Dugaan yang datang membuatkan kami semakin menghampiriMU Ya ALLAH. Sesungguhnya kami sangat bahagia dianugerahkan dengan 3 cahaya mata.

Salah seorang anak kami telah kembali ke Rahmatullah. Kami Redha dengan ketentuanMU kerana kami sedar betapa kasihnya kami pada anak itu, kami tidak mungkin mampu memberi sebaik yang Allah sediakan untuknya di alam sana.


Along demam dan mengalami lelah. Along lelah disebabkan asap bunga api yang dimain oleh Mukhriz, pakciknya dan sepupu2nya. Seperti biasa ke klinik untuk ambil gas untuk melegakan lelah.

Maka pada hari ini kami berehat dirumah sahaja menemani along. Memandangkan kami berada di kampung maka setiap harilah kami ke pusara arwah Feqah Insyirah. Dek kesibukan melayan along demam maka saya dan En.H menziarahi pusara arwah Feqah Insyirah jam 7.00 petang. Hujan renyai ketika itu, derauan angin yang menyejukkan membuatkan air mata pun turun seranyai hujan yang turun. Mata pun dah mula menunjukkan kesan lembam di bawah kelopok mata.


Musim perayaan ramai yang buat Reunion. Maka kami tidak melepaskan peluang untuk berjumpa kawan-kawan lama. Kenangan zaman2 persekolahan mengamit memory indah. Masing2 dengan kerjaya tersendiri dan keluarga masing2. Suasana yang cukup meriah dengan gelak tawa dan usik mengusik dari kawan2 lama.



Kami berkunjung ke galeri jualan Tunjong Pavillion. Kami telah tertarik dengan dengan development yang disini. Bila hati sudah tertawan maka kami membuat keputusan untuk memiliki property yang ditawarkan.

Inilah hadiah ulangtahun kami yang ke 12 tahun. Kami telah membooking salah satu Serviced Suites di Pavilion Garden Resort Suites sebagai investment kami di Kelantan. Kami memilih level 8 dan number Serviced Suites  itu ialah 23-8 iaitu bersamaan dengan tarikh kami book iaitu pada 23 ogos(Khamis). Insya Allah property ini akan siap penghujung tahun 2015.

Terima Kasih YA ALLAH atas segala rezeki yang dilimpahkan kepada kami.


Perancangan asal kami mahu pulang ke KL lepas asar hari jumaat. Namun perancangan tersebut ditunda keesokkannya iaitu sabtu pagi. Ini disebabkan adik beradik En.H juga tertarik dengan investment yang kami booking @ Tunjong Pavillion.

Maka jam 11 pagi saya sekali lagi ke galeri jualan Tunjong Pavillion bersama ahli keluarga En.H. Hasilnya 3 adik beradik En.H juga membooking Serviced Suites tersebut tapi mengambil level yang berlainan. Deposit untuk 3 beradik En.H dibayar menggunakan cek abah En.H. Untung adik-adik mereka di sponsor oleh abah. Sedangkan kami bayar dengan duit kami sendiri. 

Sebagai abang dan juga yang sulung maka En.H yang mengetuai dan berurusan dengan pihak Tunjong Pavillion. Insya Allah kami juga akan mendapat bahagian kami nanti kerana mempromote Serviced Suites kepada adik beradik. Itulah yang dinamakan rezeki. Masing2 dengan rezeki masing2.

Insya Allah 4 beradik-beradik ini akan memiliki salah satu Serviced Suites di level 5(23-5), di level 7(23-7), di level 8(23-8)dan  di level 10(23-10). Terima Kasih YA ALLAH.


Sabtu pagi bertolak dari kampung halaman ke KL jam 8.10 pagi. Perjalanan mengambil masa selama 9 jam 20 minit untuk sampai ke KL. Alhamdulilah tidak mengalami kesesakan jalanraya. Kali ini kami banyak berenti. Jam 5.30 petang kami selamat tiba di Bandar Kinrara, Puchong.


Ahad merupakan hari untuk mengemas rumah. Tak lupa juga untuk melihat homework anak2 yang telah lama(seminggu) mereka lupakan. Bila sekolah bermula maka aktiviti seorang ibu juga bertambah. Aktiviti menggosok baju sekolah merupakan aktiviti yang paling saya tak suka dan memboringkan. 

Menyediakan sandwich dan teh tarik untuk breakfast. Manakala lunch saya masak nasi ayam. Bertambah2 Along dan Mukhriz makan nasi tersebut, mereka kata "lama tak makan masakan mama". Maklumlah sepanjang dikampung nenek mereka yang sediakan masakan, saya sekadar menolong dan mengemas dapur sahaja, bab2 masak nenek2 mereka lagi teror. Dapat jemputan open house dari jiran, maka lepas asar kami pun  berkunjung ke rumah jiran. Alhamdulilah, makanan yang disediakan memang sedap dan yang untungnya saya tak perlu sediakan makan malam(masih dlm mood bercuti  byk malas dr rajin).

No comments:

Post a Comment