Resit Zakat Fitrah 2012 |
Zakat Fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan ke atas semua orang Islam tanpa mengira umur dan di mana sahaja mereka berada untuk menyempurnakan ibadat puasa bulan Ramadhan dan ianya dikeluarkan mengikut kaedah dan peraturan tertentu Benda yang dijadikan zakat fitrah ialah makanan utama sesebuah negara seperti beras di Asia , gandum di Eropah dan sebagainya .Kadar yang diwajibkan bagi setiap orang ialah satu gantang Baghdad menyamai kira-kira 3 1/ 8 cupak malaysia atau 3 ¼ liter atau 2.56 kilogram .
WAKTU MEMBAYAR ZAKAT
FITRAH
Waktu harus - awal Ramadhan sehingga hari akhir Ramadhan
Waktu wajib - terbenam matahari pada hari akhir Ramadhan
Waktu afdal - selepas solat subuh hari raya sehingga sebelum
Didirikan solat hari raya .
Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas
r.a yang bermaksud : " Rasulullah S.A.W mewajibkan zakat fitrah kerana
membersihkan dosa orang-orang yang berpuasa dan memberi makan kepada
orang-orang yang miskin . Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat hari raya
maka zakatnya diterima dan sesiapa yang menunaikannya selepas solat maka
zakatnya itu merupakan sedeqah" .
Waktu makruh - selepas solat hari raya tetapi sebelum
terbenam matahari pada hari raya pertama .
Waktu haram - selepas terbenam matahari pada hari raya tanpa
sebarang halangan dan keuzuran .
HIKMAH MENGELUARKAN ZAKAT
i. Dapat mensucikan diri dan jiwa dari sifat-sifat mazmuzah
( tercela ) seperti kedekut, hasad dengki, sombong, takabbur, pentingkan diri
sendiri, cintakan dunia dan sebagainya .
ii.Membentuk akhlak mahmudah ( mulia ) seperti infaq,
sedeqah, cintakan akhirat, kasih dan simpati terhadap orang yang tidak bernasib
baik dan miskin dan sebagainya .
iii Mengembangkan harta dan mensucikannya .
iv.Merupakan manifestasi terbesar syukur diatas nikmat
Allah Yang Maha Kaya .
No comments:
Post a Comment