-

Wednesday, 15 August 2012

ShoppinG RaYa

Customer Service @ Metrojaya MidValley

Persiapan Raya tahun ini jauh berbeza dari tahun2 sebelumnya. Hati kami sekeluarga rindu pada anak kecil yang telah pulang ke Rahmatullah. Tak kala lagu raya dipasang di radio atau di shopping2 complex membuatkan hati terasa sayu. Pada sabtu lalu (11/08/2012) maka kami mengambil keputusan untuk membeli apa yang patut untuk keperluan keluarga sempena Aidilfitri yang kan tiba tak lama lagi. Seawal jam 10.15 pagi kami sampai di MidValley iaitu tempat favorite kami bershopping. Memandangkan waktu sampai masih awal lagi maka tidak menjadi masalah untuk mendapatkan parking.

Metrojaya menjadi pilihan kami,  saya dan Mukhriz terus ke Customer Service untuk renew member card yang dah expired. Manakala En.H dengan along ke Men Department untuk membuat pilihan. Dapat free gift iaitu coklat Tango. Saya dan Mukhriz lepak2 dulu di Customer Service kerana kami tahu jika En.H memilih pakaian sah2 lama. Jadi baiklah kami lepak2 dulu di Customer Service layan games dan tengok TV.

Promosi yang terdapat @ Metrojaya MidValley


Di setiap tempat cashier terpapar percuma RM50 dengan setiap pembelian RM350. Satu promosi yang sangat bagus. Masa dalam Customer Service pula terdapat iklan Free Parking 3 jam pertama dengan setiap pembelian RM120. Apa lagi terus cari En.H dan along di bahagian  Men Depatment, beritahu tentang 2 promosi tersebut. Sememangnya hari inilah hari kami untuk shopping barang2 raya. 
  
Hasil pembelian
 
Agak lama juga kami di Metrojaya. Kami hanya berada di Men Department dan Children Department saya. Memandangkan mereka tak mahu ke Women Department. Maka saya pun rembat satu traveling bag beroda yang boleh dilipat2 menjadi kecil untuk digunakan untuk next travel nanti. Agak kebosanan juga menunggu mereka memilih sebab lelaki ini kalau bab2 memilih mengalahkan perempuan, ambil masa lama. Nak-nak sekarang along pun dah pandai buat pilihan sendiri dah. Tak mahu mama dan papa belikan. Dulu perasaan boring tak timbul sebab leka duk melayan arwah Feqah Insyirah main games kat tablet. Mukhriz tak perlu saya layan dia sebab dia lagi terror dari saya bab2 games nii. Tu sempat saya reki2 travel bag tuu.


Crispy Nugget, Crispy Orange & Crispy Chocolate menjadi pilihan Mukhriz

Setiap kali nak buat pembayaran, satu Crispy menjadi pilihan Mukhriz. Kalau dulu arwah Feqah Insyirah yang suka buat macam tu. Kini giliran Mukhriz pula. 3 Crispy ini bermakan 3 kali kami membuat pembayaran. Crispy ini pula ada diskaun 20%. Crispy ini terdapat di setiap sudut cashier Metrojaya.


Voucher Metrojaya RM100

Hasil pembelian dari Metrojaya kami dapat RM100 voucher. Voucher tersebut digunakan untuk membeli jam adidas untuk along. Kami hanya tambah hanya beberapa keping duit RM10 sahaja untuk jam tersebut.


Decoration Aidilfitri 2012 @ Midvalley

Setelah selesai membeli di Metrojaya kami pun keluar untuk pulang dan ke destinasi seterusnya iaitu ke Shah Alam. Sempat lagi tuu sempat decoration Raya @ Midvalley. Masa melalui escalator turun terpadan butik kasut Lewre. Terus bagi tahu En. H yang saya belum beli apa2 pun. Nak gak bahagian saya, apa salahnya mereka pula menunggu saya memilih.



Sebenarnya saya tak ada plan pun nak membeli kasut. Tu yang membuatkan saya tak tahu nak pilih yang mana satu dari 4 corak tersebut. Berkali2 try siap Mukhriz tertidur dengan peluk belon oren  atas kerusi yang disediakan. Siap staf Lewre bagitahu saya "akak, kalau la anak akak tu peluk kuat belon tu, mahu belon tu pecah, dan anak akak terkejut". Saya pun kata "biarlah, akak memilih tak lama pun".  Selesai mebeli kejutkan Mukhriz.

Singgah sebentar tapau makanan @ POPEYES
Mukhriz dah keletihan dan minta nak tapau makanan di POPEYES. Along tak mahu masuk teman Mukhriz order makanan sebab katanya "along tak boleh tengok bab2 makanan dan air ini". Along siap bersila depan kedai POPEYES main games sementara menunggu makanan yang ditapau untuk Mukhriz.


Sampul raya dari Habib Jewels 2012

Keluar dari MidValley terus ke Shah Alam kerana saya nak beli baju kurung di Plaza Shah Alam Sek 9. Warna gray menjadi pilihan saya kali ini. Sementara itu En.H meninjau2 di Habib Jewels. Kami ada kenal staf Habib di sini dah sering berurusan dengannya. Hati saya berbunga2 melihat En.H masuk ke Habib Jewel sedangkan saya masih memilih baju kurung. Dalam hati ada harapan ni untuk saya milik barangan dr Habib Jewel. Tapi sayangnya anggapan saya tipis. Rupa-rupanya En.H sedang reki2 butang baju melayu batu permata bersama anak2 lelakinya. Saya tinjau2 juga barang kemas, untuk 1g emas 916 bernilai RM185 dan diskaun RM5 utk setiap gram. Saya hanya sekadar tinjau2 sahaja.  Maka hasilnya butang baju melayu itu menjadi milik En. H. Dan dapat 2 paket sampul raya dari Habib Jewel. Setiap 1 paket ada 5 sampul raya yang mempunyai 5 warna sampul raya yang berlainan.

Singgah sebentar di Ariani untuk dapatkan tudung raya

Kemudian ke Ariani Seksyen 7, Shah Alam untuk membeli tudung raya. Selesai semua misi dalam satu hari. Memang penat sangat rasanya.

No comments:

Post a Comment