27 July 2012(image google) |
Tiada lagi insan yang bernama Feqah Insyirah di dunia ni pada tanggal 27 July 2012. Tarikh 27 July kan tetap menjadi tarikh yang bermakna pada diri saya kerana tarikh 27 July lahirnya seorang anak perempuan daripada rahim ini iaitu Feqah Insyirah.
Walaupun dirimu (arwah Feqah Insyirah) sudah tiada bersama kami. Yang pasti dirimu(arwah Feqah Insyirah) sedang melalui kehidupan di alam lain yang penuh kenikmatan dan keindahan yang hanya kamu mengetahuinya.
Mama, papa dan abang-abangmu sangat rindu akan dirimu(arwah Feqah Insyirah). Tapi kami pasti dirimu(arwah Feqah Insyirah) lebih bahagia di sana. Kasih ALLAH padamu tidak dapat dibandingkan dengan kasih kami duhai anakku. Dirimu sangat bertuah kerana terpilih untuk menjadi ahli syurga tanpa perlu dihisab. Ya Allah sungguh agung nikmatMu itu terhadap anak kecil ini.
Kini, kerinduan itu kami ubati dengan mendekati Allah. Kami tahu Allah dekat dengan kami dan Allah tidak akan pernah beredar daripada kami kerana ALLAH adalah Tuhanku yang Maha Penyayang. Berikanlah kami rahmat dan hidayahMu untuk kebahagian kami sekeluarga di dunia dan juga di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment