Hari ini saya masih bekerja 1/2 day sebelah pagi. Suasana ofis dah sunyi sepi memandangkan ramai dah mula bercuti. Lepas sembahyang jumaat 17/8/2012, saya akan pulang ke kampung halaman di Kelate. Moga Perjalanan dipermudahkan. Raya kali ini pulang bersama suami dan 2 anak tersayang.
Berbeza daripada tahun2 lalu, selama 4 tahun pulang membawa 3 anak tersayang. Kini suasana pulang ke kampung sangat berbeza. Kurang gelak tawa, kurang gurau senda dan kurang kekecohan didalam kereta. Sesekali memory lama mengamit kembali. Kini tiada lagi peneman saya ketika singgah di surau/masjid dan juga ke toilet.
Yang pastinya, arwah Feqah Insyirah bahagia di sana. Tak sabar untuk menziarihi pusara mu nak(arwah Feqah Insyirah). Akan berada di Kelantan selama 8 hari dan dijangkakan akan pulang ke KL pada 24/8/2012.
SELAMAT BERCUTI & SELAMAT BALIK KAMPUNG
kepada rakan-rakan dan pembaca blog ini
moga perjalanan anda selamat dan dipermudahkan.
No comments:
Post a Comment