Kehadiran Mereka Berikan KEBAHAGIAAN |
Kehadiran 3 beradik ini membuatkan hati sangat Bahagia. Merekalah penghibur hati ketika suka dan duka. Indahnya kehidupan dengan telatah mereka ber3. Gelak tawa, usik mengusik dan bertelingkah buatkan hidup ini bermakna. Oh anak, semua itu adalah anugerah yang tak terhingga.
Kenangan Bersamamu Terlalu Indah |
Ya ALLAH, Terima Kasih kerana telah meminjamkan arwah Feqah Insyirah kepada kami sekeluarga walaupun hanya SEKETIKA. Kami sekeluarga sungguh bahagia dan sangat bersyukur padaMu. Kehadiran arwah sekurang-kurangnya memberi peluang untuk kami suami isteri merasai nikmatnya memiliki anak perempuan. Bagi abang2 arwah, sekurang-kurangnya mereka dapat mengecapi kasih sayang seorang adik perempuan yang sangat manja dan periang.
Along dan Mukhriz sedang menyesuaikan diri tanpa arwah |
Kini, Along dan Mukhriz sedang menyesuaikan diri dalam menjalani kehidupan tanpa arwah Feqah Insyirah. Naluri ibu dapat memahami perasaan kerinduan mereka terhadap arwah. Along dan Mukhriz amat memerlukan papa dan mamanya untuk memberikan kekuatan kepada mereka. YA ALLAH tabahkan hati kami dalam mengharungi kehidupan tanpa arwah Feqah Insyirah.
Kasih bapa terhadap anak2.Kini, tiada lagi si-kembar kami. |
Mukhriz dan arwah Feqah Insyirah sangat rapat. Masih terbayang2 panggilan Mukhriz terhadap arwah "Qah.....Qah...., jom kita gi dapur, MuQis nak ambil makanan dalam peti". Qah panggilan manja arwah Feqah Insyirah. Arwah memanggil Mukhriz dengan nama MuQis disebabkan susah menyebut R. Kini, tiada lagi si-kembar kami yang kemana sahaja mereka ber2.
Simpati, terkilan, kesedihan, dan sayu hati tetap terpahat pada kita walau sekejap manapun dia berada disisi. Doa akak semoga awak menjadi kuat, tabah dan yakin bahawa hari esok kita harus lalui dengan kasih sayang.
ReplyDelete