Dari MidValley kami ke E-Curve Damansara atas tujuan tertentu. Di Centre Atrium @ E-curve ada pameran barangan Doraemon. Apa lagi Mukhriz tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Maskot Doraemon.
Maka sesi tinjau meninjau barangan Doreoman tidak dilepaskan. Dalam banyak2 barangan Mukhriz tertarik dengan barangan di bawah.
YA ALLAH, sesungguhnya Mukhriz rindu akan arwah Feqah Insyirah. Banyak2 barangan, bantal berwarna pink ini menarik perhatian Mukhriz. Sebagai ibu saya faham akan perasaannya. Saya beritahu Mukhriz " dah la Mukhriz, arwah Feqah Insyirah dah tak ada, tak perlu belikan apa2 barangan untuknya lagi". Kemudian Mukhriz beralih arah mencari barangan lain. Tetiba Mukhriz meminta izin "papa, mama boleh tak Mukhriz beli bantal Doreoman nii tapi warna biru".
Akhirnya kami izinkan Mukhriz membeli 2 bantal Doraemon ini. Weekend lepas kami keluar jejalan pun Mukhriz bawa bantal ini. Dan bila sampai rumah dia kan bawa bantal ini ke bilik. YA ALLAH, Mukhriz sangat rindukan saat dia bersama adiknya. Tabahkan hatinya. Mukhriz sangat rapat dengan arwah berbanding along. Selalunya dialah yang memakaikan kasut untuk arwah Feqah Insyirah dan dia juga akan memimpin tangan arwah Feqah Insyirah untuk masuk ke kereta.
No comments:
Post a Comment