-

Thursday, 14 June 2012

Tidak Mahu Bergambar Lagi

Tidak Mahu  Bergambar Lagi

2 minggu sebelum arwah Feqah Insyirah meninggalkan kami, arwah Feqah Insyirah sememangnya tidak mahu bergambar lagi. Jika gambarnya diambil, arwah Feqah Insyirah akan menangis dan merajuk. Arwah akan meminta untuk delete gambar tersebut. Mungkin arwah tidak mahu kami mengingati saat2 akhir kami bersama nya.

Arwah Feqah Insyirah suka merekod suaranya dalam Tepon dan tablet. Tapi kami tidak menyangka arwah Feqah Insyirah akan mendelete suara itu. Mungkin ada kebaikannya, arwah Feqah Insyirah tidak mahu suara yang direkod  didengar oleh kami agar kami tidak bersedih.

Puas kami mencari rakaman suaranya itu. Hanya satu rakaman suara yang kami temui. Rakaman yg bertarikh 16 May 2012 jam 7.07ptg.

Inilah kata2 dan suara dr rakaman itu. Kami tidak mengerti apakah yg ingin disampaikan melalui rakaman tersebut.

CINTAI LAH AKU
CINTA KU TERBILANG

AKU TERJADI
AKU TERBILANG
AKU TERSENYUM
CINTA KU TERBILANG

No comments:

Post a Comment