-

Thursday, 28 June 2012

Berjaya Times Square Theme Park

Tiket Berjaya Times Square Theme Park- dibeli masa MATTA FAIR  Mac 2012

Tiket Berjaya Times Square ni dah lama saya beli. Beli masa MATTA FAIR MAc 2012 lagi dari travel agent Mayflowers (Buy 4 tickets free 1 ticket). Dan expired pada 30 Jun 2012. Maka pada 24 Mac (ahad) kami ke sana. Tiket ini saya beli 6. 5 untuk saya 1 family iaitu saya, En.H dan 3 anak saya dan extra 1 untuk adik saya. Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Arwah Feqah Insyirah telah ke rahmatullah May lalu (25/05/2012). Maka saya lebih 1 tiket iaitu tiket untuk arwah Feqah Insyirah. Sebelum masuk ke Theme Park saya pun sedekahkan tiket tersebut kepada 1 family melayu. Family tersebut nak bayar tapi saya kata "tak pe, saya sedekah je, rezeki awak utk miliki tiket itu".

Bergambar dgn maskot

Jika anda ingin bawa anak2 ke Berjaya Time Square Theme Park pastikan anda membawa Mykids anak. Anda akan mendapat diskaun bila anda tunjukkan Mykids anak anda. Dan pastinya anda ada Mykad kan, anda juga akan ada diskaun. Harga tertera seperti diatas.

Untuk makluman, anda boleh berada di sana berapa lama pun dan jangan risau pasal parking sebabnya max parking untuk weekday ialah RM8 an weekend RM11. Untuk solat juga anda tidak perlu risau sebab ada surau yang agak luas, surau perempuan di Level 7 dan surau lelaki di Level  8.


Mukhriz yg agak sedih sebab tak de geng nak main dgn dia. Mukhriz terkenangkan arwah adiknya Feqah Insyirah.

Sejak akhir2 ini Mukhriz menunjukan reaksi sangat rindu akan arwah adiknya Feqah Insyirah. Mungkin Mukhriz dah semakin rasa dia dah tak ada kawan yang boleh ke sana ke mari.


Mukhriz cuba mengawal perasaannya. W'pun rindu arwah Feqah Insyirah, dia tetap bermain dgn tenang.

Kami berada di Berjaya Times Square dari jam 12.30 - 6.30 (lebih kurang 6 jam). Sepanjang berada di Theme Park ini kami sekelurga rindukan arwah Feqah Insyirah. Terkenang kembali kenangan bersama arwah Feqah Insyirah semasa berada di genting suatu ketika dulu, gembira berlari ke sana ke mari bersama Mukhriz. Kejap2 main itu kejap2 main ini, lompat sana, lari sana. Semua itu adalah kenangan terindah buat kami. 


Along dah besar dan tinggi. Along byk habiskan masa dengan pakciknya di Level 5 iaitu untuk dewasa dan bdk2 yang ketinggian 4 kaki 7 inci ke atas.

Memandangkan along dah besar dan tinggi, along perlu bermain di Level 5 dan Mukhriz pula di Level 7. Along ditemani pakciknya(adik En.H), manakala saya bersama En.H menemani Mukhriz.


Jom jamu selera  Chapati Rendang @ Hot & Roll

Kuat betul along ni makan. Lunch tadi dia order Chicken Foldover (McD) large set. Pastuu dalam pukul 4, kata lapar lagi. Maka saya dan along keluar ber2 je cari makanan. Hot & roll menjadi pilihan along. Menu yang dipilih ialah chapati rendang. Sebelah kedai Hot & roll ada kedai waffle dan cup corn. Tapau untuk Mukhriz, waffle dan cup corn. Dalam theme park harga makanan mahal.


Fridge Magnet RM14.90
Terdapat kedai cenderamata berlogokan Berjaya Times Square di Level 7 berdepan dengan pintu exit Theme Park. Anda boleh memiliki barangan tersebut tanpa perlu masuk Theme Park.

No comments:

Post a Comment