-

Wednesday, 20 June 2012

Stimboat Restoran @ Golden Palm Tree,Sepang

My Kids

Ahad lepas kami ke Golden Palm Tree untuk makan steamboat @ Stimboat Restoran sempena hari bapa 2012. Dari Bandar Kinrara ke  Golden Palm Tree lebih kurang 160km 2 ways dengan tol lebih kurang RM13 untuk 2 ways. Perjalanan ke Golden Palm Tree akan melalui jalan kampung, boleh merasai keindahan kampung. Gerai buah-buahan seperti durian, dragon fruits, rambutan dan manggis kelihatan sepanjang jalan.

Stimboat Restoran @ Golden Palm Tree

Sampai di Stimboat Restoran jam 4.15 petang. Saya book untuk makan disini kerana saya mahu ketenangan. Restorannya menghadap pantai dan. Suasana yg tenang dan relax.

Menu untuk 4 pax

Order stimboat untuk 4 pax. Punyalah banyak makanannya yang disediakan. Kelihatan di raut wajah En.H perasaan sayu dan pilu. Saya tahu hari bapa kali ini satu perubahan yang baru dalam hidup kami sekeluarga. Dulu En.H menyambut hari bapa dengan 3 anak tapi kini hanya 2 anak. Terkeluar kata2 ari En.H "papa teringatkan arwah Feqah, papa sangat rindu pada arwah Feqah, tapi  arwah Feqah lagi happy di SANA". Pilu hati saya dan anak2 mendengar kata2 itu.

Decoration yang menarik

Maka berlalu pergi along dan Mukhriz membiarkan saya dan En.H meneruskan perbualan. Mereka berdua sudah memahami perasaan mama dan papanya kini. Mukhriz menyepak  pasir2 halus di pantai. Manakala along main games di pinggir pantai sambil mendengar ombak . Dapat saya rasakan bahawa along dan Mukhriz juga rindukan arwah.

 *****KENANGAN 2011 *****

10 tahun bergelar seorang ayah


Ayah yang dianugerah 3 kidz. 2 boys & 1 girl.

Memenangi Tempat Pertama dalam Pertandingan Like Father Like Son

3 hero tersenyum bila diumumkan sebagai pemenang.

No comments:

Post a Comment