-

Tuesday 26 June 2012

1 Murid 1 Sukan - Karnival Sukan PIBG

5 lagu untuk senamrobik - berpeluh2 berjemur tgh panas

Persembahan dari murid2 tahap 2 (thn 4,5,6)

Bawa bola ping-pong (tahun 5)

Tempat pertama bawa bola ping-pong (tahun 5). 1 pasukan =15 pelajar

Mukhriz sangat merindui arwah Feqah Insyirah.  Marshmallow itu kenangan bersama arwah Feqah Insyirah

Kini, Mukhriz mula menunjukkan reaksi yang dia terlalu rindukan arwah Feqah Insyirah. Saya sebagai ibu saya sering memerhati riak wajah Mukhriz yang bersedih. Mukhriz seolah2 merasakan arwah Feqah Insyirah semakin jauh darinya. Pada Karnival Sukan itu Mukhriz membeli marshmallow. Marshmallow merupakan salah satu favorite arwah Feqah Insyirah. Mukhriz membelik2 plastik marshmallow itu, kemudian merenung plastik itu dan dia  terus termenung. Saya amat memahami perasaan Mukhriz, sememangnya dia beli marshmallow bukan untuknya tapi kerana rindukan arwah Feqah Insyirah. Ya Allah, tabahkan hati anakku(mukhriz) dalam menghadapi kenyataan ini.

No comments:

Post a Comment