-

Monday, 18 June 2012

Layan Perasaan @ Song Box E-Curve

Pemergiaan arwah Feqah Insyirah membuatkan along dan Mukhriz banyak berubah. Mereka berdua sering termenung dan perwatakan mereka agak pendiam berbanding dulu. Sebagai ibu saya perlu pastikan mereka tidak terlalu merindui arwah Feqah Insyirah. Walaupun saya tahu akan mengambil masa sebenarnya. Hakikatnya saya juga sering sebak dan akan tetiba mengalirkan airmata tak kala terlalu merindui arwah Feqah Insyirah. Saya tahu berat untuk along dan Mukhriz lalui kehidupan buat masa ini kerana bayangan  dan tingkahlaku arwah Feqah Insyirah sering membayangi mereka. Seolah2 arwah Feqah Insyirah masih ada disisi.

Free Flow of Drinks & Titbits

Maka saya pun discuss dengan En.H untuk bawa anak2 ke SongBox E-Curve. Sekurang-kurangnya along dan Mukhriz dapat luahkan perasaan mereka melalui lagu yang dinyanyikan. Kami nak merka happy seperti sebelum ini.Kami ke Song Box bukan  untuk bersuka ria tapi kami ke sana kerana mahu melihat kegembiraan Along dan Mukhriz.


Mukhriz melayan perasaan


Pastinya lagu2 yang dipilih oleh 2 beradik ini adalah lagu kegemaran arwah Feqah Insyirah. Saya dan En.H menahan sebak mendengar lalu dan nyanyian mereka. Saya dan En.H hanya memerhati mereka berdua.

 Jika ingin refill Drinks & Titbits sila tekan buton ya

Antara lagu yang dipilih oleh mereka berdua Awan Nano nyanyian Hafiz. Tetiba saya tersentak pabila melihat dlm video klip awan nano itu terdapat satu patung Dora. Tanpa disedari airmata bercucuran dipipi, teringat pada arwah Feqah Insyirah yang juga mempunyai patung Dora itu. Terus ke toilet agar anak2 tidak mengetahui perasaan saya ketika itu.

Selama 3 jam saya berada di situ, bergilir2 kami solat zohor di surau E-curve. Surau yang selesa. Mukhriz yang menemani saya, manakala along bersama En.H. Sementara menunggu saya selesai solat.

Saya amat memahami perasaan En.H, dia seorang ayah yang sangat rapat dengan anak2. Terlalu banyak masa dia habiskan untuk family. Saya perlu lebih kekuatan untuk mengharungi kehidupan ini. Kekuatan untuk diri sendiri, kekuatan untuk hiburkan dan memahami situasi anak2 dan En.H. Ya Allah, aku hanya insan kerdil yang lemah jiwa dan tenaga, berikan ku  kekuatan dan  tabahkan hati ini untuk mengharungi dugaan mu ini dengan penuh kesabaran.

2 comments:

  1. Kadang-kadang Allah ambil balik apa yang diberi untuk mengajar kita bersyukur bahawa banyak lagi nikmat yang Allah berikan pada kita tanpa kita sedari. Bersyukurlah bahawa Allah hanya ambil balik anak kita satu sahaja sedangkan kita masih ada lagi dua. Bayangkan jika kita hanya ada satu saja anak, diambil balik oleh Allah. Doa akak untuk awak dan sekeluarga mencari kemudahan dan keredhaan Allah.

    ReplyDelete
  2. Salam takziah di atas pemergian arwah. Insyallah semoga arwah anak menyambut puan di syurga kelak.

    Check out my latest post on mfadhlan.com

    ReplyDelete