Jalan kaki je dari Stimboat Restoran@Golden Palm Tree nak ke Sepang Gold Coast. Nampak tulisan Sepang Gold Coast. Apa lagi bergambarlah 2 beradik ini.
Mukhriz beriya2 nak main pantai sedangkan saya terlupa nak bawa pakaian untuk main pantai. Maklum la tujuan asal nak makan steamboat sempena Father's day. Kebetulan ada 1 seluar along dalam kereta. Walaupun seluar itu besar tapi Mukhriz pakai juga. Yg penting Mukhriz boleh main pantai. Along pula duk angkat2 seluar takut kena ombak. Maka saya dan En.H melayan la 2 hero ini. Yang penting mereka happy.
Gerai2 yang terdapat di Sepang Gold Coast
|
Tinjau2 di gerai membuatkan hati sebak dan tanpa disedari airmata mengalir. Teringat pada arwah Feqah Insyirah. Arwah Feqah Insyirah suka sgt dengan belon mcm nii. Pastinya arwah Feqah Insyirah akan memilih colour pink, bentuk bekas arwah Feqah Insyirah tak heran sgt. Apa yang penting Pink colour. Dan selalunya arwah Feqah Insyirah akan tiup dalam kereta dan gelak2 dgn abang2nya. Kenangan bersama arwah Feqah Insyirah terpahat di hati ini.
No comments:
Post a Comment