IQRA' = BACALAH |
Seminggu sebelum pulangnya arwah Feqah Insyirah ke rahmatullah, arwah Feqah Insyirah sering membaca iqra' 1 dan iqra' 2. Arwah Feqah Insyirah seorang anak yang fokus bila dia lakukan sesuatu. Setiap malam arwah Feqah Insyirah akan membaca iqra' tersebut di ruang tamu atas, di meja ikea merah dan duduk di kerusi ikea pink. Terbayang kata2 arwah Feqah Insyirah "Feqah dah pandai ngaji, Feqah nak jadi anak yang soleh". Hati ibu mana yang tak gembirakan mendengar anak berkata begitu. Maka saya biarkan arwah Feqah Insyirah menghabiskan bacaan tersebut kerana katanya "mama tak yah la ajar Feqah, Feqah dah pandai".
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan |
Sungguh istimewa arwah Feqah Insyirah ini. Sejak dalam kandungan lagi saya tak pernah meninggalkan bacaan Yassin. Kelahirannya membuatkan saya terus membaca Yassin kerana dugaan demi dugaan saya tempuhi. Kehadirannya membuatkan saya semakin tabah harungi ujian yang datang. Kehadiran Feqah Insyirah dan pulangnya arwah Feqah Insyirah buatkan saya semakin sujud padaMu Ya ALLAH.
Itulah amanahnya yang terakhir untuk kami sekeluarga. Kami sekeluarga berjanji akan memegang amanah nii sampai ke akhir hayat kami. Ya Allah, janganlah Engkau palingkan hati ini setelah Engkau berikan hidayah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih
Reaksi syaitan bila kita membaca Al-quran:
- Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je..
- Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.
- Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah.
- Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang
- Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke.
No comments:
Post a Comment