-

Sunday 25 May 2014

2 Tahun berlalu tanpamu anakku (Arwah Feqah Insyirah)

Al-Fatihah buatmu, anakku Feqah Insyirah.



Hari ini genap 2 tahun. Ya Allah, terima kasih menganugerahkan insan yang bernama Feqah Insyirah kepada kami. Hadirnya terlalu istimewa  dan hadirnya memberi sinar kebahagiannya kepada kami.

Walau hanya mampu menyimpan kenangan hanya 4 tahun 10 bulan. Namunnya ianya terlalu bererti buat kami. Kini, kami menyimpan rindu dan kesepian yangmendalam terhadap insan yang bernama Arwah Feqah Insyirah.

Dengan izinMU, Ya Allah,  kami Redha. Di saat, nafas akhirnya, saya sempat berbisik di telinganya “Feqah, mama dan papa sayang kamu nak, mama dan papa tahu Feqah juga sayang mama dan papa. Mama tak sanggup tengok Feqah sakit. Ya Allah, berikan yang terbaik untuk anakku, aku Redha dengan ketentuanMU”. 

Di saat itu juga, saya membelai rambutnya dan suamiku meribanya untuk di bawa ke hospital. Sesungguhnya Allah lebih menyayangimu, dirimu menghembuskan nafas terakhir dengan begitu tenang sekali.

Disaat doctor mengesahkan “anak ini telah meninggal dunia baru beberapa minit sebelum tiba di hospital”. Saya hanya mampu memegang erat tangan suamiku, lalu berkata “Mama Redha, anak kita dah dikembalikan, Allah hanya mahu kita jaga hanya 4 tahun lebih sahaja”. 

Tiada kata2 lain dapat diucapkan. Hanya gengaman tangan dipegang erat. Setenang-tenang air kami menerima berita ini, lalu berita ini disampaikan kepada Along & Mukhriz. Kami ber5, bergambar buat kali terakhir dimana arwah Feqah Insyirah telah terbaring kaku di atas katil berselimutkan kain putih. 

Maka  bacaan surah Yassin  kedengaran di hospital tersebut. Ya Allah, terima kasih Ya Allah. Terlalu banyak pertolonganMu Ya Allah. Segalanya urusan di permudahkan. Yang tinggal hanya kesabaran & kerinduan yang mendalam.

Pastinya dirimu sedang berbahagia di alam sana. 

No comments:

Post a Comment