-

Wednesday 14 May 2014

Makan2 bersama keluarga @ D Kayangan BBQ & Stimboat


Sabtu lepas(10 May), saya dan ahli keluarga seramai 16 orang ke D'Kayangan BBQ & Stimboat yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Bayaran yang dikenakan untuk dewasa ialah RM33 dan kanak-kanak RM17. 

Memang ramai pengunjung pada malam tersebut, maklumlah hari sabtu itu merupakan hari ibu. Pihak restoran ini juga memberikan kek coklat yang bertulis I LOVE MUM untuk setiap meja yang membawa ibu datang ke Restoran ini.



Makan-makan ini sempena birthday ayah, hari ibu, dan kejayaan Mohd Farith mendapat Degree.

Buat Mak "Terima Kasih Mak , kerana mendidik kami 8 beradik dengan cemerlang hingga  kesemua anak2 ke menara gading. Doakan kami adik-beradik berjaya di dunia & di akhirat. Terlalu banyak jasa mak. Segala pengorbanan itu terlalu berharga buat kami semua".

Buat Ayah "Selamat hari lahir yang ke 64 tahun. Terima Kasih Ayah, atas segala didikan dan segala karenah kami 8 beradik. Moga ayah diberikan kesihatan yang baik untuk beribadat dan mampu mendoakan anak2 ayah dan cucu2".

Buat Farith "Selamat memulakan dunia pekerjaan"



Inilah sebahagian daripada keluarga saya. Saya anak ke 2 dari 8 beradik. Yang berbaju petak biru merupakan kakak saya.

Mohd Farith (berbaju merah) merupakan anak yang ke 7 dan baru selesai majlis konvokesyennya pada 12 may(isnin). Manakala Farhana(berbaju grey + bertudung dark blue) adalah anak bongsu dan akan melangkah ke IPTA tak lama lagi.

No comments:

Post a Comment