-

Wednesday 7 May 2014

Wordless WednesDaY - Demi Abah


Hari ini saya akan pulang ke kampung untuk menjaga abah yang semakin tidak sihat sejak kebelakangan ini. Abah / bapa mertua sakit sejak september 2012 yang lalu, abah kerap berulang alik ke hospital dan kini beliau tidak mahu ke hospital lagi. 

Kami adik beradik  kerap balik kampung melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak menjaga abah. Kesian tengok ma / mak mertua bersengkang mata menjaga abah. Kesian juga pada abah yang menahan kesakitan.

Memandangkan En.H tidak dapat pulang maka saya mewakili pihak En.H untuk menjaga abah minggu ini. Buat Along & Mukhriz "selamat menghadapi peperiksaan" walaupun tanpa mama di minggu exam ini.

Jam 12.15 settlekan Mukhriz ke Sekolah Kebangsaan. Jam 12.45 settlekan Along ke Sekolah Menengah. Lepas tuu bolehlah kemas2 dan solat zohor. Jam 2.00, teksi datang ambil saya untuk ke Subang Airport. Moga segalanya dipermudahkan.

No comments:

Post a Comment