-

Thursday, 3 May 2012

Tonton Marvel's The Avengers


Seperti biasa saya akan book tiket movie secara online. Pastinya Golden Screen Cinema menjadi pilihan kami. Dan menjadi kebiasaan kami akan menonton di Midvalley. Tiket tersebut ditempah pada petang jumaat. Memandangkan weekend penuh dan kebetulan kami sekeluarga pun ada aktiviti maka hari selasa iaitu 1 May 2012 menjadi pilihan kami. Jam 11.45 kami sampai, parking midvalley dah kelihatan FULL dgn lampu merah. Kami dah awal2 decide nak parking kat The Garden. Alhamdulilah, lampu parking masih berwarna hijau dan terpapar nombor 400 Zon B (The Garden).



Jika menonton tak sah kalau tak membeli pop corn. Ada promosi kali ini, beli combo 2 dapat keychain Marvel's Avengers. Tapi keychain dah SOLD OUT. Walaupun tak dapat keychain, pop corn tetap memjadi pilihan.




Terus GSC di level 3 Midvalley. Kelihatan ramai yang beratur untuk membeli tiket. Memandangkan kami dah beli online, kami tak payah beratur lama. Masa nak ambil tiket, terdapat beberapa pengumuman dari pihak GSC mengatakan tiket untuk Marvel Avenger's dah SOLD OUT untuk jam berapa saya tak sure. Bagus juga pengumuman tersebut, sekurang-kurangnya mereka yang bawa anak2 tak payah beratur panjang untuk membeli tiket. Saya tak fokus masa yg diumumkan, maklum laaa kami dah ada tiket. Hanya Mukhriz, Along dan En.H yang menonton.


Saya dan Feqah cuci mata. Feqah kebosanan sebab abang2 dia tengok movie. Terus Feqah kata yang dia lapar. Memula dia nak ice cream. Belikan ice cream McD jee. Sila duk diam2 dalam stroller tuu ya Feqah. Dah sekian lama tak guna stroller, tapi kali ini bawa sebab Feqah kata Feqah malas jalan nak naik troli. Dia ingat mcm giant ke, masukkan dia dlm troli. Tu pasal dah prepare awal stroller tuu.


Seterusnya saya mencari buku untuk bacaan saya di MPH. Sebelum sampai di MPH, Feqah nampak Jagung Nelson. Feqah request jagung pula. Beli pula jagung. Duk diam2, makan jagung ya Feqah.(mama nak pilih buku). 



Selesai misi beli buku, saya lak yang kelaparan. Singgah jap kat Pizza Hutz. Feqah duk layan makan ice cream. Setelah kenyang terus ke agenda seterusnya iaitu mencari hadiah untuk baby kawan saya. Saya ke bahagian kanak2 di Metrojaya. Rembat 1 baju baby dan wrapping di Customer Service. Tengok jam lambat lagi movie nak habis. Memandangkan masih ada masa, saya ke Aussino. Aussino terletak di level 2, sama level dengan bahagian kanak2 Metrojaya. Kebetulan Aussino baru start sale. Apa lagi duk lama2 kat situ menghabiskan masa sementara En.H dan anak2 habih movie. Tak kan duk lama tak membelikan. Mau dihalau dek staf Aussino. Beli apa yang patut untuk baby dan cadar Feqah.


Setelah selesai membuat bayaran di Aussino, dapat call dr En.H katanya dah habis dah movie. EN.H minta saya tunggu dekat The Garden. Saya pun terus ke sana untuk sama2 ke parking. Seterusnya kami menuju ke Setia Alam untuk melihat baby  kawan saya. Tapi kami tersilap jalan, aduhai tersilap exit. Maka terpaksa la duk lama dalam kereta walaupun Setia Alam tuu dekat je sebenarnya. Bila nampak tol dan nampak label "Setia Alam" anak2 dah happy sebab kejap lagi kan sampai ke destinasi. Sampai rumah kawan terus capai paperbag Aussino yang ada barangan Aussino untuk baby berserta hadiah yang dibeli di Metrojaya. Paperbag itu terus diberikan kepada kawan saya. Apa lagi borak tak ingat la. Bila sampai rumah baru teringat harga barang Aussino masih tertera dihadiah tersebut. Sorry ya kawanku, tiada niat nak letak harga tersebut. Dah la tuu ada 2 hadiah lak tu. Hakikatnya kaulah kawan baik KU. Tak ambil pun gambar baby Addip sebab leka menyembang.

No comments:

Post a Comment