-

Monday 21 May 2012

Megakids @ MidValley


Weekend yang lalu(13 May-ahad) saya membawa anak ke Megakidz yang terletak di Level 3 Midvalley. Saya hanya beli 2 tiket sahaja iaitu untuk Feqah dan Mukhriz.  Feqah dan Mukhriz sahaja yang bermain di sana. Along buat revision untuk Math dan Sains bersama saya dan EN.H. Ada tempat menunggu dan cafe dalam Megakidz.





Tiket yang dikenakan utk kanak2 -16 tahun ialah RM28 untuk Weekend dan School Holiday. Manakala RM22 bagi weekday.Sila isi borang untuk masuk ke Megakids. Ibubapa boleh menemani anak tanpa dikenakan bayaran. Along tak dikenakan bayaran walaupun masuk di kawasan Megakidz sebabnya along tak main. Feqah dan Mukhriz je yang mendapat tag untuk main di Megakids. Tag tersebut dipakaikan di tangan dan stiker nama di tampalkan di baju. PASTIKAN anak2 dan ibubapa memakai stokin. Jika tidak sila beli dikaunter dengan harga RM6. Saya dan En.H boleh menemani anak2 meneroka terowong2 di dalam megakidz tersebut.  Saya cuba sekali terokai terowong tersebut dan mencari jalan keluar. Semput gak dibuatnya. Lepas tuu terus arah Mukhriz dan Feqah sendiri tanpa pengawasan saya. Saya nak fokus untuk tolong along buat ulangkaji Math dan Sains.
 

Agak tinggi juga untuk mencuba terowong dan gelongsor ini. Tapi bagi anak2 mereka suka sesuatu cabaran. Bagi Feqah dan Mukhriz berkali2 naik dan turun.

Bila keluar dari terowong ini pastinya pening sedikit pada permulaannya. Bila dah byk kali main, dah tak menjadi masalah


Disini juga anak2 boleh menunjukkan bakat dalam seni. Sila buat pilihan gambar yang diingini. Harganya dari RM5-RM25 bergantung kepada saiz gambar. Feqah dan Mukhriz cuma mengambil gambar RM5 sahaja. SAje nak try bila tgk org lain try. Menarik juga bagi mereka kerana hasil kerja mereka akan dibakar didalam oven. Sesuatu benda yang menarik untuk mrk berdua kerana seblm nii mereka tidak pernah mencuba creatif art itu. Mainan Token2 pun ada disini . Tapi harga 1 token disini RM2 sekeping. Terdapat juga mini teater. Anak2 boleh menonton movie.


Boleh adakah party disini. Terdapat 2 birthday party. Salah satu bilik untuk Birthday Party Amirul. Hanya jemputan je tau boleh masuk. Sesapa yang tak dijemput. Mcm Feqah dan Mukhriz, agak pelik ngapa mereka tak boleh masuk. Maka saya pun beritahu "hanya jemputan sahaja yang dapat masuk, Feqah dan Mukhriz tak de kad jemputan itu, jadi sila abaikan birthday itu".


Anda boleh keluar dan masuk Megakids selagi ada tag di tangan anda. Setelah sejam buat ulangkaji. Along request nak keluar dari Megakidz untuk mencari makanan. Saya teman along makan McDOnalds dalam 1/2 jam. Kemudian singgah kedai magazine untuk membeli paper The Star untuk En.H. Kebetulan ada maskot M&M coklat. Apa lagi terus ambil gambar dgn maskot itu dulu sebelum ke Megakidz semula.

 

5 jam saya melayan Feqah dan Mukhriz di Megakidz. Manakala EN.H dan Along continue buat ulangkaji di THe GArden Club @ Level 4 The Garden. Rupa-rupanya ada sesuatu yang En.H plan dengan along rupanya. Patutla saya rasa pelik mengapa EN.H beriya2 mengajak saya ke Midvalley sedangkan dia tahu yang anak2 akan start exam pada 14 May (Isnin). Next entry saya akan buat entry apa plan En.H dan along itu.

No comments:

Post a Comment