-

Monday, 30 April 2012

Bola Malaysia Vs Sri Lanka. Msia Menang (6-0)


Kini, Feqah sudah berambut pendek.

Perlawanan Persabahatan Antarabangsa antara Malaysia dan Sri Lanka berlangsung pada 28 April 2012 (Sabtu) di Stadium Shah Alam. Wan Zack Haikal membuat jaringan pertama pada minit ke 24. 2 gol dapat disaksikan pada separuh masa pertama. Dan menambah 4 gol lagi selepas itu menjadikan jumlah keseluruhannya 6. Kemenangan berpihak kepada Malaysia.


Beli 1 jersi
Jam 7.50 kami dah sampai di Stadium Shah Alam. Tiket belum ada lagi. Memandangkan masih awal, kami ke booth TM untuk membeli Jersi Team Malaysia . Dah lama dah nak beli, akhirnya pada malam itu dapat beli jersi tersebut. Cuma RM60 sahaja.
 
Beli Jersi dapat beg ini

Pembelian jersi kami dapat Beg TM Team. Bukan itu saja, kami juga diberikan satu tiket percuma.
 
Dapat 3 Complimentary Tiket. Alhamdulilah

Tapi bila mereka tanya kami "dah beli tiket ke tak?". Kami menjawab "belum lagi". Kami kemudiannya  diberikan lagi 2 tiket. Kesemuanya 3 tiket. Alhamdulilah. Harga satu tiket itu bernilai RM20. Untuk kami sekeluarga cuma 3 tiket sahaja.

Layan games masa rehat


Sesi membeli sebelum pulang

Sebelum pulang, sempat lagi singgah di gerai2 pakaian di luar. Mukhriz beli topi FAM yang terpacak2 tuu cuma RM15 sahaja. Mukhriz mengumpul koleksi bola Malaysia.

No comments:

Post a Comment