-

Wednesday, 9 May 2012

ALA THAI @ Solaris Dutamas



Makan Malam di Restoran Ala Thai yang terletak di Solaris Dutamas. Kedai tersebut tutup jam 11 malam. Kami sampai di sana jam 9.15 malam. Apalagi terus order makanan. 


Memandangkan pergi malam weekday maka terpaksa la Along membuat homework di Restoran tersebut. Gigih betul Along menyiapkan Homework. Lagipun memang time 9mlm memang masa untuk Along buat homework. Tidak menjadi masalah untuknya untuk menyiapkan Homework walaupun berada di luar.
  
Pineapple Fried Rice
Suasana yang menarik. Menu untuk saya kali ini ialah Pineapple Fried Rice. Alahai udangnya cuma 2 ekor. Rasa nasi goreng yang sedap. Habis di ngap oleh saya. En H pula order Phad Thai Noodle, tak sempat nak gambil gambar. Setiap menu disertakan dgn Tomyam, agak pedas juga bagi saya. Bagi pengemar pedas, tak menjadi masalah.

Feqah diapit oleh Abang-abangnya

Untuk anak2, saya order 2 Paprik Chicken Rice. Along dan Mukhriz bergilir2 suapkan untuk Feqah. Tu yang Feqah duk tengah2 tuu. Anak pempuan diapit oleh 2 Hero. Nyum2 semuanya licin.


Thai Cendol dan Coconut Sagu
 Seterusnya dessert yang dipilih ialah Thai Cendol dan Coconut Sagu. Juga licin. Bukan besar pun mangkuk tuu. Sejam berada disini, terus gerak pulang ke rumah. Esok anak2 nak sekolah.

No comments:

Post a comment