Weekend lalu, pepagi Ahad saya ke Subang Airport untuk mengambil En.H yang tiba Kelantan. Jam baru pukul 9 pagi. Anak2 request nak pergi jejalan sebelum pulang ke rumah. Maka. EN.H pun bersetuju membawa kami ke IKEA. Sampai di IKEA jam baru 9.20.
Yang pastinya Mukhriz dan Feqah teringin sangat nak main di Smaland. Smaland merupakan tempat kanak2 bermain. Ibu bapa boleh meninggalkan anak2 mereka selama sejam untuk di Smaland. Di buka jam 9.30 pada hari weekend.
Sila ukur ketinggian dulu |
Kanak2 yang berukuran 90cm-130cm layak untuk berada di Smaland. Jika ketinggian tak mencukupi atau melebihi ketinggian tersebut sila abaikan niat anda. Untuk menjimatkan masa sila ukuran ketinggian anak2 anda sebelum mengisi borang. Tiada bayaran dikenakan. Bilangan kanak2 yang berada di Smaland adalah terhad. Jika perkara ini berlaku sila beratur dan tunggu di tempat menunggu.
Cara-caranya |
Terpapar langkah2 dan cara untuk masuk di Smaland. Sila baca dengan teliti. Mudah dan senang je lankah2 itu.
Sila isi borang |
Isi borang yang telah disediakan. Sila isi borang berasing jika anak anda lebih seorang. Jika anak anda 2, sila isi 2 borang. Jika 3 orang isi 3 borang ya. Pastikan anak2 mengambil box yang telah disediakan untuk mengisi kasut atau botol air anak anda. Tertera nombor di box tersebut. Sila tulis nombor box tersebut di dalam borang ya. Setelah selesai mengisi borang. Sila tunjukan IC anda. Berikan borang dan box kepada staf yang bertugas. Anak anda diberikan stiker Smaland dimana stiker itu ditulis dgn nama anak dan nombor box tersebut. Di tgn anak anda akan dicop nombor. Kenapa dicop nombor? Kerana kekadang bagi anak2 yang lasak. Sticker tersebut akan rosak, terkoyak atau tertanggal semasa bermain. Jadi cop ditangan tersebut akan menyelamatkan mereka. Ibubapa yang menghantar anak juga akan dicop ditangan berdasarkan nombor box. Jika anak anda 2, maka 2 cop akan dicop ditangan anda. Ibubapa akan diberikan 1 resit untuk mengambil anak masing2. Pukul berapa perlu ambil tertulis di resit itu.
Feqah ditengelami bola. Nampak kaki dan tangan je tu. Lasak sungguh anak pempuan sorang ni. |
Setelah semua selesai sila bye2 anak2 anda. Mereka seronok berada di sana. Apalagi boleh la saya cuci mata dgn tenang. Along dan En.H lepak di food court IKEA. Jam 10.35 pagi masa untuk mengambil Feqah dan Mukhriz. Terus balik rumah sebabnya banyak lagi urusan rumah yang perlu diselesaikan.
No comments:
Post a Comment