-

Tuesday, 15 May 2012

Crocs @ Subang Parade


Hati sudah tertawan dengan SPRINGI FLAT dari product Crocs. Maka saya pun muka la  bagi hint2 kepada En.H untuk memiliki kasut idaman saya itu. En.H yang mengawal segala belanjawan kami. Jadi jika katanya YA itulah jawapannya. Jika katanya TIDAK sila abaikan apa2 niat. Dek kerana kasut favouriteku iaitu kasut merahku itu telah terkoyak maka  En.H mengajak saya untuk ke kedai Crocs. Subang Parade menjadi pilihan butik Crocs kami kerana disitulah kami memiliki barangan Crocs sebelum ini. Kami ke sana pada sabtu malam.



Lepas solat isyak terus ke butik Crocs di Subang Parade. Tiba di butik Crocs  saya dapati kasut yang saya tertawan tuu dalah new arrival. Niat untuk memiliki makin membuak2. Memandangkan saya dah ada pilihan, jadi saya tidak mengambil masa yang lama untuk memilih. Terus bagi tahu saiz kasut. Try kasut itu dan rasa selesa. Harganya agak murah berbanding harga2 kasut Crocs lain.


En.H sibuk melayan Feqah melihat kasut bebdk pempuan. Tanpa berlengah saya terus tanya pendapat EN.H. En.H setuju dan terus bagi RM *** pada saya. Dalam masa 15 minit je rasanya kasut tuu sudah menjadi hak milik saya. Masa saya nak bayar staf tersebut tanya saya.

Staf Crocs : Kak, hadiah mother's day ke kak? Esokkan Mother's day.

Saya : Tidak dik, kasut akak ni dah koyak, jadi akak perlu kasut baru.

Staf Crocs : Kak, cepatnya akak buat pilihan.

Saya:  Akak dah survey dik, lagipun hubby akak dah setuju pun untuk belikan untuk akak

Staf Crocs : Begitu senang hubby akak kata YA dan kasi duit kat akak

Saya: Akak jarang request something dr hubby akak kecuali akak rasa dia mampu berikan untuk akak. Lagipun harga kasut ini ok berbanding harga kasut2 lain dlm butik Crocs s ni

Staf Crocs :Terima kasih kak, senang berurusan dengan akak.
Saya: OK dik, akak pegi dulu ya anak2 nak makan. dan 9.15++ nii, kan lambat nanti kedai tutup.


Kalau customer tak banyak kerenah pun heran. Kalau banyak keranah, mereka angin lak. Walaupun nak cepat tapi masih sempat lagi tuu snap gambar di atas. Masa nak keluar dari kedai Crocs, En.H tanya saya "apa yang awak duk menyembang dengan staf tu?". Saya menjawab "Mereka ber4 heran cepat sgt saya buat pilihan dan awak pun senang je bagi keputusan dan duit". EN.H "oooo", terus En.H ajak anak2 gi makan. Nak cepat2 balik rumah sebab nak buat ulangkaji sebab anak2 nak exam isnin tuu. Petang tadi dah buat ulangkaji dah. Malam nak tambah sikit lagi ulangkaji.

Memandangkan perut masih kenyang. Maka kedai yang dipilih ialah "RotiBoy". Anak2 suka roti ni. Tgk tuu along kalau bab2 makan selera betul. Roti Mocha didalamnya Mocha. Yummy2. Selesai makan terus balik rumah. Jam 10.10 dah ada di rumah. Sesi buat ulangkaji BM bersama anak2 sehingga jam 11mlm.

No comments:

Post a Comment