Penantian selama 22 tahun untuk menjulang PIALA FA buat pertama kali akhirnya berhasil. Kelantan menewaskan pasukan berstatus kelab Sime Darby 1-0 pada 19 Mei 2012 (sabtu) di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Sepakan penalti oleh penyerang import dari Lebonan, Mohamed Ghaddar berjaya menghasilkan gol pada minit ke 58.
RM40 untuk satu tiket |
Penyokong2 setia The Red Warriors memberi sokongan yang begitu bersemangat. Jumaat malam sudah ramai penyokong2 Kelantan sampai di Bukit Jalil. Mereka sanggup bermalam di Stadium. Begitu semangat mereka. Begitu juga adik ipar saya, sampai di KL jam 1.00 pagi sabtu tuu, dan En.H mengambil adiknya pukul 4.00 pagi di Stadium Bukit Jalil.
Sabtu pagi jam 10.00 pagi pakcik pula call kata dah sampai dan nak jumpa di Bukit Jalil sebab nak kasi buah mangga. Jam 2.30 saya pun hantar adik ke stadium. Begitu meriah tengok penyokong2. Cuaca panas tak dihiraukan. Mereka berkumpul di Stadium walaupun perlawanan masih lama lagi untuk mula. Buah mangga atau dikenali buah Pauh diberi oleh pakcik, banyak buah mangga yang dibawa. Buah limau juga pakcik kasi. Anak2 saya makan buah, seronok mereka boleh makan buah yang banyak itu.
Jam 7.00 mlm sampai sorang lagi adik bersama2 seorang rakan En.H. Mereka tunggu solat Maghrib dulu sebelum bertolak ke Stadium. Jam 8.45 perlawanan bermula.
Doorgift dari The Red Warriors |
Dapat doorgift dari Presiden Persatuan BolaSepak Kelantan. Pernahkah anda makan Gegentas? Gegentas ni makanan traditional.
No comments:
Post a Comment