Sabtu lepas ada perlawanan bola antara kelate dengan Negeri 9. Saya juga terjebak didalam perlawanan ini. Mulanya tak de plan pun nak ke perlawanan tersebut. Asalnya En.H nak ke sana dengan 2 membernya. Member En.H tidak dpt ke sana kerana mereka tak sempat habih meeting lagi.
Malam sabtu lepas, tetiba En.H tanya saya " mama, nak bwk tak anak2 tgk bola?". Memandangkan anak2 memang suka tgk bola maka saya menguatkan volume suara saya. "Siap-siap, papa nak bwk semua tgk bola". Masing2 terkejut, apa lagi terus mereka2 bersiap. Dengan kadar segera mereka2 dah kat depan pintu mencari sport shoes untuk dipakai. Tgk semangatnya mereka.
Feqah tak berapa sihat time ni(sakit perut), tapi dia nak ikut jugak. Kejap2 ajak balik. "Jomlah baik mama, Feqah sakit perut". Apa lagi mula mencari idea untuk Feqah. Maka saya pun umpan Feqah dengan Angry Birds. Alhamdulilah lupa sekejap tentang sakit perutnya.
No comments:
Post a Comment