-

Wednesday, 25 January 2012

Majlis Kesyukuran @ Bandar Hussein Onn

Buah tangan untuk Tuan Rumah

Ahad lepas berkunjung ke rumah kawan lama @ Bandar Hussein Onn. Dah lama betul tak jumpa. Setahun lebih gak rasanya. Anaknya yang kecik pun dah setahun lebih dah. Dulu pegi melawat baby Adam masa baby lagi(2010 kot), lepas tuu dapat jemputan dari Tuan Rumah untuk Majlis Aqiqah dan cukur jambul(2011). Tapi tak dapat penuhi jemputan atas sebab2 tertentu. 

Anak ke 2 tuan rumah. Sebaya dgn Feqah.

Memandangkan cuti panjang ni saya tak ke mana, maka saya menghadiri majlis kesyukuran ini. Tuan rumah nii bernama Pn Zabibah. Baik orangnya dan seorang yang rajin. Bab masak pun dia pandai. Mempunyai 3 anak (2 girls + 1 boy). Anak sulungnya sebaya dgn Mukhriz dan yang 2nd sebaya dengan Feqah. Dulu kami satu ofis. Masa preganant Mukhriz dan Feqah, kami sama2 membawa perut. 2008 kami ber2 berpecah membawa haluan masing2.


Pelbagai lauk disediakan

Pelbagai lauk dan desert disediakan. EN.H dan along siap tambah lagii....sambal ikan keli dan sambal sotong yang best. Mukhriz dan feqah tak makan pun. Dua jenis air disediakan air sirap dan teh tarik. Sedap teh tarik itu. Walaupun cuaca panas, teh tarik tetap menjadi pilihan.


Desert : Puding Karamel

Desert juga pelbagai seperti apam polkodot, puding karamel, kek gula hangus, karipap dan buah limau. Tak leh nak sembang lama2 ari tuu sebab saya ada berjanji dengan orang cuci rumput, saya janji kul 5 ptg. Jam 4.45 kami gerak, hakikatnya dekat je umah saya dgn Bdr Hussein Onn nii.....tapi sememangnya kami kurang arif area sini. Kami tersilap jalan, kuar2 kena tol dan menghala Kajang. Yang dekat jadi jauh. Jam 5.20 kami sampai, lama gak la orang cuci rumput tuu tunggu. Saya sempat sms org tersebut yang mengatakan kami lambat.

No comments:

Post a Comment