-

Tuesday 10 January 2012

Malaysia Food Fair 2012


Malaysia Food Fair 2012 kat Exhibition Centre MidValley 6-7 Jan yang lalu. Mempamerkan produk2 makanan.
Cute dari segi saiznya dan sesuai untuk diletakkan diruang yang kecil
(letak dlm bilik ...senang nak buat susu untuk si kecil)
Antara yang menariki perhatian saya ialah SPRITZER MINI DISPENSE. Sale person yang incharge sanggup nak antar terus ke kereta kalau beli SPRITZER ni. Memandangkan kami parking di The Garden maka kami abaikan dulu niat nak beli. Rega dah tau nanti boleh la diservey2 di tempat lain.

Tiga perisa momentum coklat
Momentum coklat juga menarik perhatian saya. Sebelum ni, saya pernah terbaca dlm akhbar tentang energy coklat ini (momentum coklat). Bila terpandang terus tanya itu ini. Terdapat tiga perisa iaitu bebas gula, coklat gelap dan regular. Tak kan tanya je kan, mesti beli juga. Katanya 1 bahagian dr bar coklat tuu boleh tahan lapar 2 jam. Betulkah? Sesuai untuk diet. Diet sgt la saya nii.Alang2 dah beli saya pun ambik la 2,3 keping gbr.



Masa dah habih tinjau2, kami pun kuar dari Hall 2. Hall 1 ada pameran Wedding. Sekadar jeling saje. Ada kaunter lucky draw , try gak mengisi borang tersebut.



Paling takut kalau gi MIdVAlley bila lalu depan butik BARBIE ni. Habih la pink colour Feqah nak Macam-macam permintaan nanti ini.  Butik ni berhapan dengan Exhibiton Centre lak tuu.Cepat2 ajak Feqah turun.

Feqah membawa hasil belian dr pameran tersebut. Semua barang ada dlm beg dr Pembelian WISE.

No comments:

Post a Comment