2 gelas sehari susu anlene untuk 100% keperluan kalsium. Saya memilih perisa coklat. Pada mulanya saya tak berapa suka susu ini kerana rasanya. Nak-nak kena bancuh dengan air suam. Bila kacau dia agak berketul2 sikit. Memandangkan faktor umur yang makin meningkat, maka saya teruskan juga minum Anlene. Akhirnya Anlene perisa coklat menjadi pilihan saya.
Kekurangan kalsium boleh menyebabkan kehilangan jisim tulang dan jika berterusan boleh menyebabkan osteoporosis terutama di kalangan wanita yang usianya telah meningkat.
10,000 langkah? Kenapa kita perlu 10,000 langkah? Agar tulang kita sihat dan badan pun sihat.Jadi marilah kita melangkah 10,000 langkah sehari untuk kesihatan.
5 kategori langkah dalam sehari.
1. Kurang 5000 langkah - TIDAK AKTIF
2. 5000-7499 langkah -KURANG AKTIF
3. 7500-9999 langkah - SEDERHANA AKTIF
4. 10000 langkah -AKTIF
5. Lebih 12000 langkah - SANGAT AKTIF
4 keratan anlene |
Pejabat Pos Medan Tuanku KL |
Dah lama betul tak mengepos surat. Setem yang dikenakan bernilai 80 sen. Pejabat pos Medan tuanku menjadi pilihan saya kerana dia berdekatan dengan ofis.
No comments:
Post a Comment