-

Thursday 28 February 2013

Urusan ofis @ Kota Kinabalu, Sabah

28 Feb - 2 Mac

Pagi ini dengan penerbangan Airasia AK 5106 jam 9.25 pagi saya dan 5 ofismate saya akan ke Kota Kinabalu atas urusan ofis. 3 hari akan berada disana.

Wednesday 27 February 2013

Semak nama, tarikh lahir dan IC untuk peperiksan UPSR

Semak Nama, Tarikh Lahir, IC, Jantina untuk menduduki peperiksaan UPSR

Semalam Along bawa pulang kertas Kenyataan Semakan untuk exam UPSR 2013. Guru meminta ibubapa memastikan maklumat2 yang diberi sama ada betul atau salah.

Pastikan ejaan nama, tarikh lahir dan IC anak adalah betul. Maklumat tersebut sangat penting untuk keputusan peperiksaan nanti. PASTIKAN untuk anak lelaki nombor IC berakhir dgn no ganjil. Manakala untuk anak perempuan nobor IC berakhir dengan no genap.

Angka giliran exam pun dah ada. Bilik untuk menduduki exam pun dah ada. Along ditempatkan di kelas 2 dan angka gilirannya ialah B***1.

Tuesday 26 February 2013

Plastesin warna- warni

Plastesin warna- warni

Esok Mukhriz ada perlu bawa plastesin warna-warni dan tin minuman atau botol minuman untuk mata pelajaran Pendidikan Seni (PS). Minggu ini kata Mukhriz nak buat tabung duit menggunakan plastesin warna-warni. Maka lunch tadi saya pun pergi beli plastesin warna-warni. Inilah plastesin warna-warni yang Mukhriz nak. 

Minggu lepas buat topeng muka dan hias topeng tersebut dgn manik dan labuci.Lip-lap lip lap topeng tuu jadinya.

Monday 25 February 2013

Bila selera berbeza

Petang ahad, kami ke Midvalley sekadar cuci mata. Tak de plan nak beli apa2 pun. Tapi anak2 request nak keluar. Maka kami ke Midvalley. Sampai di Midvalley Along nak makan Popeyes Louisina Kitchen, manakala Mukhriz nak makan Mc Donalds. 2 beradik nii tak nak mengalah. Saya minta Along atau Mukhriz mengalah supaya pilih 1 tempat sahaja. TAPI 2 beradik ini tetap dengan pilihan masing2. Akhirnya, Along dan En.H makan @ Popeyes Louisina Kitchen.


Menu yang diorder dari Popeyes Louisina Kitchen

Manakala saya dan Mukhriz ke Mc Donalds. Bukannya jauh pun tempat makan ini. Bertentangan kedainya. Sebelah Popeyes Louisina Kitchen ada Dominos. Teringin pula nak makan Domino's. 



Singgah order Domino's untuk take away. Saya siap pesan pada cashier domino's tu, "dik, simpan tau domino's akak nii, akak nak merayau dulu. Nanti akak nak balik, akak singgah ambil". Merayau la konon, sebenarnya duk melayan kerenah anak. 

 

Terus ke McDonalds, order makanan untuk Mukhriz. Masa nak makan McD, sempat lagi sms En.H, "papa, ambil gambar Popeyes Louisina Kitchen dulu seblm makan". Memandangkan kedudukan Popeye & McD mengadap. Saya nampak En.H dan Along duk borak2. Mengata mama lah tuu. Rupanya mereka ber2 kata "mama ni tak de keje lain semua nak ambil gambar, nak makan pun tak senang". Cakaplah apa pun, janji ada gambar.

Saya pun makanlah dengan tenang bersama Mukhriz. Tup2 Mukhriz lari ke tempat Along & papanya. Isk isk apa kes pulak niii. Rupa-rupanya dia nak ambil roti + jem strawberi dari En.H. Sabar je lah.

Selesai makan kami ke menunaikan solat Maghrib. Pada sesapa yang mencari Surau di Midvalley / The Garden, terdapat 3 surau disediakan.
1. Dalam Jusco
2  Diluar Jusco berdekatan Pos
3. Di The Gardens terletak berdekatan bigApple Donut. 




Sebelum pulang kami singgah pula di Big Apple donuts, take away 1/2 donut. Balik rumah sambil2 tengok bola layan makan donut. Domino simpan untuk breakfast dan bekal ke sekolah.

Mangga & Kerabu Mangga


Semalam, pepagi dah kait buah mangga depan rumah. Ajak Mukhriz tolong kutip buah mangga tersebut. Bukan mengidam tau. Tapi sebab mangga ni kalau tunggu masak dia kan buruk didalamnya. Lepas tu akan luruh depan pintu pagar rumah. Jadi baiklah saya ambil mangga ini.


Mangga

Buah mangga itu saya bahagikan kepada jiran2. Hanya sebiji sahaja saya ambil untuk saya buat kerabu mangga. Kerabu mangga akan lebih sedap kalau cukup rasa masam, manis dan masin. Saya ni bukannya pandai sangat bab2 masakan. Tapi cuba jugalah, tengok punyalah takde seni  dalam masakan. Saya taburkan kacang sebiji2. Apapun habis juga kerabu mangga ini dimakan lunch tengahari semalam.




Kerabu Mangga

Bila anak dah tahun 6

Tahun ini Along akan menduduki 2 peperiksaan besar untuk tahun 6. UPSR  untuk sekolah kebangsaan dan PSRA untuk Sek Agama.

UPSR = Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

PSRA = Penilaian Sekolah Rendah Agama

Jadual harian Along memang padat.

Inilah masa yang diperuntukan sepanjang hari jika hari sekolah (weekday)

Hari sabtu ada Kelas Tambahan di  sekolah Kebangsaaan. Dan ada beberapa tarikh untuk aktiviti Kokurikulum. Jika ada aktiviti Kokurikulum, kelas tambahan tiada pada hari sabtu itu. Tarikh untuk setahun kelas tambahan dan aktiviti Kokurikulum diberikan oleh pihak sekolah. Kenalah simpan kertas ini sepanjang tahun.

Sistem SMS tetap dihantar kepada ibubapa untuk memastikan pelajar dan ibubapa ingat tarikh2 untuk ke sekolah. Dari jam berapa dan pulang jam berapa. Senang untuk ibubapa menghantar dan menjemput anak2 di sekolah.




Weekend saya akan bersama Along untuk menjawap soalan2.


Mama Papa, Mukhriz doakan moga Along berjaya berjaya menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. 

Thursday 21 February 2013

Super Supreme & Deluxe Cheese - Pizza Hutz

Seperti biasa setiap hari isnin hingga khamis, Along ada tuition. Malam ni saya yang hantar Along ke tuition memandangkan En.H ada urusan kerja di luar. Hanya sejam sahaja tuition itu. Selepas hantar Along, saya pun ajak Mukhriz ke Giant Kinrara untuk beli barang di Giant.

Kemudian saya singgah pula sebentar di Pizza Hutz untuk Take Away 2 regular Pizza Hutz. 


2 regular Pizza Hutz

Super Supreme &  Deluxe Cheese

Wednesday 20 February 2013

Paratha @ Empire Mall

Weekend jejalan @ Empire Mall. Singgah Sebentar di Paratha & Co

Sedang menunggu hidangan yang diorder

Paratha  yang sedang dimasak.

 
Setelah menu siap. Kami beralih tempat. Pilih meja yang sesuai untuk menikmati hidangan. Tak nak guna meja yang ada kerusi tinggi tu. 
Harga Parking @ Empire Mall



Sunday 17 February 2013

Bila kemalasan melanda

Bila kemalasan melanda untuk menyediakan makan malam, maka  jom cari kedai makan. Selamat menjamu selera bersama keluarga. Yummy2. Alhamdulilah sudah kenyang semasa n3 ini ditulis.


Mukhriz order : Nasi Goreng Cendawan + Air Laici

Along order : Nasi Goreng USA + Sirap Cincau

En.H order : Nasi putih + Daging Masak Merah + Air Limau Suam

Kuey Teow KongFu + Air Barli Suam menjadi pilihan saya

Friday 15 February 2013

2 cek Nuffnang telah di bankin

Cek dari nuffnang yang di cash out pada 31 dec 2012 yang lalu telah sampai minggu ini. Alhamdulilah, rezeki2. Ini merupakan cek ke 3 dari nuffnang.


2nd cek yang diterima pada Dec tahun lalu masih belum dibankin lagi. Kumpul dulu sebelum bankin.
 
2 cek dari nuffnang ini dibankin pagi tadi


Akhirnya 2 cek dari nuffnang ini dibankin pagi tadi. Next week kan clear RM400++. Tq Nuffnang

Thursday 14 February 2013

Kidzania - Part 4

10th aktiviti @ Kidzania : Hanya along yang memilih aktiviti ini. 10 KidZoS fee untuk aktiviti ini. Masa ni dah pukul 2.00 petang. Sudah kedengaran reminder yang semua aktiviti akan tamat dalam masa sejam lagi. Nyayian tema Kidzania berkumandang dan krew2 Kidzania berkumpul menyanyikan lagu bersama2.

Along cuba memanjat. Ketika ini Mukhriz melakukan aktiviti Fire Station. Saya tinggalkan Along disini dan saya ke tempat Mukhriz.
Akhirnya Mukhriz sempat juga join aktiviti Fire Station. Aktiviti ini sentiasa ramai orang beratur.


Memadam kebakaran.

Di akhir aktiviti, mereka diberi penerangan.

11th Aktiviti @ Kidzania:Police Station

2 beradik ini telah kepenatan. Namun mereka tetap ceria. Sudah 11 activiti mereka cuba. Selesai aktiviti ini, terdapat reminder yang mengatakan 20 minit lagi masa akan tamat.
Along & Mukhriz agak kecewa tidak dapat join aktiviti ini sebabnya sentiasa penuh. 2 beradik ini ingin mengetahui di sebalik Supreme Court yang sering mereka dengar dari papanya. Mereka juga sering mendengar kata2 dari papanya  "satu masa nanti, papa mahu anak2 papa bakal menyambung karier & business yang papa terajui sekarang".

12th Activiti @ Kidzania: @ Ayam Brand Cooking School. Sign board tertulis last session. 2 beradik ini sudah kelaparan. Sangat la sesuai untuk aktiviti ini. Mereka dapat makan sandwich yang mereka buat.
Tengok tu. 2 beradik tu tengah makan sandwich. Yummy.

Selesai aktiviti. Dapat apron dari Ayam Brand dan juga resepi. 

Jam sudah pukul 3.00ptg. Sesi tamat. Persembahan dari krew2 Kidzania dan maskot Kidzania.
Bergambar dengan Maskot Kidzania lagi semasa penutup. Masing2 dah kepenatan.

13th Aktiviti @ Kidzania: Menyimpan duit KidZoS dalam CIMB Bank. Mereka berdua dapat  ATM kad CIMB Bank. Lampu bank ditutup menandakan bank akan tutup.

Inilah kad ATM CIMB bank Mukhriz. Memandangkan masa kami pergi pada 9 feb. Mukhriz diberikan sampul angpow CIMB kerana 10 feb Perayaan Tahun Baru Cina.  Next time kad ATM ini boleh digunakan untuk draw duit / simpan duit KidZoS
Jom cari jalan keluar. Serahkan Tag / Jam ini di kaunter imigresen sebelum pulang.

Singgah di Level 3 untuk solat Zohor. Surau yang bersih dan luas.

Pandangan lalulintas dari surau. Clear je jalan. Maklumlah cuti bersambung untuk Perayan Tahun Baru Cina. Ramai yang balik kampung. 

Bye2 Kidzania. Alhamdulillah Along & Mukhriz sempat melakukan 13 aktiviti di Kidzania. Pengalaman yang menyeronokkan dan banyak ilmu yang mereka perolehi. Tak perlu beratur lama untuk sesuatu aktiviti.


Anda juga boleh mengikuti cerita Kidzania di topik yang lain. Klik link di bawah.