Semalam, pepagi dah kait buah mangga depan rumah. Ajak Mukhriz tolong kutip buah mangga tersebut. Bukan mengidam tau. Tapi sebab mangga ni kalau tunggu masak dia kan buruk didalamnya. Lepas tu akan luruh depan pintu pagar rumah. Jadi baiklah saya ambil mangga ini.
Mangga |
Buah mangga itu saya bahagikan kepada jiran2. Hanya sebiji sahaja saya ambil untuk saya buat kerabu mangga. Kerabu mangga akan lebih sedap kalau cukup rasa masam, manis dan masin. Saya ni bukannya pandai sangat bab2 masakan. Tapi cuba jugalah, tengok punyalah takde seni dalam masakan. Saya taburkan kacang sebiji2. Apapun habis juga kerabu mangga ini dimakan lunch tengahari semalam.
Kerabu Mangga |
No comments:
Post a Comment