Sejak 2 mejak ini saya dan En.H kerap pulang ke kampung atas urusan keluarga. Sabtu lepas saya menghantar En.H @ Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang kerana En.H pulang melawat ayahnya yang sakit.
Sabtu pagi saya hantar Along ke Kem Motivasi "Insan Dimanik" di sekolah. Sabtu Petang pula sekali lagi saya ke sekolah menghantar Mukhriz untuk latihan Karate jam 5.00 petang.
Saya sempat menjenguk Along di Kem Motivasi tersebut. Masa itu Along & rakan2 sedang mengambil wudhuk untuk solat Asar.
Mukhriz habis latihan Karate jam 6.30 ptg. Memandang flight En.H jam 7.50 ptg, maka saya ambil Mukhriz awal iaitu jam 6.00 ptg, awal setengah jam dari biasa.
Kawan2 Mukhriz kata pada Sir yang mengajar Karate "Sir, mana aci Mukhriz boleh balik awal". Sir tersebut berkata "kalau sapa2 nak balik awal, kena mak ayah datang jemput macam Mukhriz, kalau tak, pukul 6.30ptg baru boleh balik". Inilah kali pertama saya ambil awal Mukhriz ketika latihan Karate. Nak tunggu habis kul 6.30ptg takut jem nak ke airport.
Mukhriz dengan hati yang berbunga2 berjalan sambil dipimpin oleh mamanya. Saya pula sempat lagi menjenguk Along buat kali ke 2 di Kem Motivasi itu. Alang2 dah sampai sekolah.
Sampai di airport Subang awal. Jam baru 6.40 petang.
Mukhriz ke latihan Karate |
Sabtu pagi saya hantar Along ke Kem Motivasi "Insan Dimanik" di sekolah. Sabtu Petang pula sekali lagi saya ke sekolah menghantar Mukhriz untuk latihan Karate jam 5.00 petang.
Along sedang beratur untuk mengambil wudhuk |
Saya sempat menjenguk Along di Kem Motivasi tersebut. Masa itu Along & rakan2 sedang mengambil wudhuk untuk solat Asar.
Mukhriz habis latihan Karate jam 6.30 ptg. Memandang flight En.H jam 7.50 ptg, maka saya ambil Mukhriz awal iaitu jam 6.00 ptg, awal setengah jam dari biasa.
Kawan2 Mukhriz kata pada Sir yang mengajar Karate "Sir, mana aci Mukhriz boleh balik awal". Sir tersebut berkata "kalau sapa2 nak balik awal, kena mak ayah datang jemput macam Mukhriz, kalau tak, pukul 6.30ptg baru boleh balik". Inilah kali pertama saya ambil awal Mukhriz ketika latihan Karate. Nak tunggu habis kul 6.30ptg takut jem nak ke airport.
Mukhriz dengan hati yang berbunga2 berjalan sambil dipimpin oleh mamanya. Saya pula sempat lagi menjenguk Along buat kali ke 2 di Kem Motivasi itu. Alang2 dah sampai sekolah.
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah |
Sampai di airport Subang awal. Jam baru 6.40 petang.
Mukhriz menemani papanya untuk Check In |
Apalagi Mukhriz pun temanlah papanya Checkin dan letakkan beg. Selepas En.H dapat boarding pass, Mukhriz request seperti biasa untuk ke Big Apple.
Mukhriz request Big Apple. Kami lepak2 disini |
Masa lepak2 dekat Big Apple Mukhriz memulakan perbualan.
Mukhriz: Papa dan Mama ni asyik balik kampung naik Flight je? Sian Mukhriz tak dapat naik Flight. Masa mama balik kampung tak bawa Mukhriz, bila papa balik pun tak bawa Mukhriz.
En.H: Papa dan Mama kan balik kejap je. Tak payahlah Mukhriz ikut, lagi pun Mukhriz kan sekolah
Mukhriz: Ala, papa dan mama ni tak aci betul. Asal mama dan papa boleh pula naik flight. Dah la abang asyik ada kem je tahun nii. Gi sana la gi sini la. Along boleh pula. *dengan muka tak puas hati*
En.H: Mukhriz tak puas hati tak dapat join aktiviti sekolah ke? Kan Mukhriz ada Karate. Bln 3 ni Mukhriz ada pertukaran tali pinggang Karate. Along teman Mukhriz pula.
Mukhriz: Tak sama. Tak sama. Mukhriz nak naik Flight juga
En.H & Saya: Masing2 pandang ke arah Mukhriz.
Mukhriz: Boleh la, mama dan papa. Jom la kita gi mana2. Naik Flight tau.
Tak pasal2 pula Mukhriz request. Saya rasa dia sunyi kot sebab Sabtu malam dan Ahad cuma tinggal saya dan Mukhriz je kat rumah. Tu yang timbul macam2 persoalan.
Kemudian saya dan Mukhriz mahu pulang. En.H sempat bisikan di telinga saya "mama, mama booklah mana2 tempat untuk bawa anak2 naik flight. Anak kita cuma 2 sahaja. Tunaikan permintaaan mereka. Kebahagiaaan anak2 adalah kebahagian kita. Tetiba hati sayu pula mendengar kata2 itu.
Saya tahu berat untuk En.H tinggalkan saya dan anak2 diKL. Dan saya tahu betapa beratnya perasaan kami sekiranya mahu pulang ke kampung. Perasaan terlalu sayu dan hiba untuk melangkah menziarahi pusara anak yang bersemadi selama-lamanya di kampung iaitu arwah Feqah Insyirah.
Saya memimpin tangan Mukhriz, meneruskan perjalanan dengan perlahan2, sambil dibuai perasaan. Ya Allah berikan kekuatan kepadaku untuk hadapi semua ini dengan penuh kesabaran. Kuatkan semangatku agar hambaMu ini berjaya menjadi penguat semangat untuk suamiku dan anak-anakku.
Sempena Chinese New Year Booth terdapat booth jualan @ ruang legar |
No comments:
Post a Comment