-

Thursday, 14 February 2013

Kidzania - Part 3

7th Aktiviti @ Kidzania: Hitz.fm Radio Station

Menjadi DJ. Topiknya Chinese New Year. 20 minit  berada disini.

Tinjau2 souvenir. Beli 1 fridge magnet RM8.90. Saya pilih warna purple.

Happy Hour Promo (10am-2pm)- 6R PHOTO -1 pc RM15

Sempat saya merayau2 sementara along & Mukhriz habis aktiviti @ Hitz FM. Selesai sudah aktiviti disini. Masing2 diberikan CD rakaman di Hitz FM.

Inilah CD hitz.fm yang diperolehi. Balik rumah mereka dengar semula rakaman ini dan mereka gelak2 bila dengar rakaman itu.


8th Aktiviti @ Kidzania: Crime Scene Investigation (CSI) sebagai Forensic Scientist
 
Fokus mendengar penerangan

Ke pos laju mendapat maklumat

Ke TM mendapat maklumat. Selesai sudah menjadi CSI
9th aktiviti: @ Vitagen Marigold Milk Factory.6 KidZos fee untuk aktiviti ini.
Cuma 3 orang peserta sahaja dalam aktiviti ini. Comel je gegirl yang join aktiviti ini. Gegirl ini berumur 4thn. Along & Mukhriz banyak membantu gegirl ini. Dapatlah Along & Mukhriz melepaskan kerinduan terhadap arwah adiknya Feqah Insyirah bila bersama gegirl ini. Ibu gegirl ini sempat sembang dengan saya, kata ibu tersebut "nampak anak2 U sayang anak I". Saya menjawap "mereka pernah ada adik perempuan tapi adik mereka telah kembali ke Rahmatullah" Terus ibu itu terdiam sambil memerhati gelagat anaknya dan anak2 saya sampai ke penghujung aktiviti ini. Sayu hati bila melihat along & Mukhriz melayan gegirl ini. Mungkin mereka ber2 rindukan arwah adiknya.

KPJ Specialist Hospital berhadapan dgn  Vitagen Marigold Milk Factory. Saya tanya along & Mukhriz "nak try tak aktiviti berkaitan hospital?". Mereka ber2 terus mengeleng kepala tanda tak setuju. Saya dapat perhatikan bila lalu je tempat ini mereka ber2 tunjuk2. Saya tahu anak2 saya masih trauma dengan pulangnya arwah adiknya Feqah Insyirah ke Rahmatullah. Bila mereka ber2 dengar bunyi ambulan dalam Kidzania pun mereka ber2 terdiam. Saya tahu "mereka ber2 berlawan dengan perasaan untuk menjadi anak2 yang tabah dalam hadapi kenyataan yang adiknya telah bersemadi buat selama-lamanya.


Anda juga boleh mengikuti cerita Kidzania di topik yang lain. Klik link di bawah.

No comments:

Post a Comment