Petang ahad, kami ke Midvalley sekadar cuci mata. Tak de plan nak beli apa2 pun. Tapi anak2 request nak keluar. Maka kami ke Midvalley. Sampai di Midvalley Along nak makan Popeyes Louisina Kitchen, manakala Mukhriz nak makan Mc Donalds. 2 beradik nii tak nak mengalah. Saya minta Along atau Mukhriz mengalah supaya pilih 1 tempat sahaja. TAPI 2 beradik ini tetap dengan pilihan masing2. Akhirnya, Along dan En.H makan @ Popeyes Louisina Kitchen.
Menu yang diorder dari Popeyes Louisina Kitchen |
Manakala saya dan Mukhriz ke Mc Donalds. Bukannya jauh pun tempat makan ini. Bertentangan kedainya. Sebelah Popeyes Louisina Kitchen ada Dominos. Teringin pula nak makan Domino's.
Singgah order Domino's untuk take away. Saya siap pesan pada cashier domino's tu, "dik, simpan tau domino's akak nii, akak nak merayau dulu. Nanti akak nak balik, akak singgah ambil". Merayau la konon, sebenarnya duk melayan kerenah anak.
Terus ke McDonalds, order makanan untuk Mukhriz. Masa nak makan McD, sempat lagi sms En.H, "papa, ambil gambar Popeyes Louisina Kitchen dulu seblm makan". Memandangkan kedudukan Popeye & McD mengadap. Saya nampak En.H dan Along duk borak2. Mengata mama lah tuu. Rupanya mereka ber2 kata "mama ni tak de keje lain semua nak ambil gambar, nak makan pun tak senang". Cakaplah apa pun, janji ada gambar.
Saya pun makanlah dengan tenang bersama Mukhriz. Tup2 Mukhriz lari ke tempat Along & papanya. Isk isk apa kes pulak niii. Rupa-rupanya dia nak ambil roti + jem strawberi dari En.H. Sabar je lah.
Selesai makan kami ke menunaikan solat Maghrib. Pada sesapa yang mencari Surau di Midvalley / The Garden, terdapat 3 surau disediakan.
1. Dalam Jusco
2 Diluar Jusco berdekatan Pos
3. Di The Gardens terletak berdekatan bigApple Donut.
Sebelum pulang kami singgah pula di Big Apple donuts, take away 1/2 donut. Balik rumah sambil2 tengok bola layan makan donut. Domino simpan untuk breakfast dan bekal ke sekolah.
tq mmg cari info surau the gardens selain surau kt midvalley
ReplyDelete