-

Friday 8 February 2013

Hamper oh Hamper

Barangan yang dibeli untuk dijadikan hamper untuk beri pada 2 jiran sempena Perayaan Tahun Baru Cina

Hamper oh hamper. Bila tiba perayaan tahun baru cina ataupun Deepavali, saya akan beri hamper kepada jiran2 sebelah rumah. Tak ramai pun, cuma untuk 3 buah rumah sahaja. 2 jiran menyambut CNY dan 1 jiran menyambut Deepavali. Kadangkala tak ada idea nak beli apa untuk mereka. 


Barangan yang akan dijadikan hamper untuk jiran sebelah

Kali ini dah beli barang2 untuk 2 jiran saya akan yang menyambut CNY pada Ahad ini. Esok pagi dah boleh bagi hamper2 ini kepada mereka. Anak2 saya pastinya akan mendapat Angpow dari mereka. Bukan setakat angpow, makanan dan buah limau juga mereka bagi. 


Barangan yang akan dijadikan hamper untuk jiran selang 2 buah rumah saya

Nak beli hamper yang dah siap mahal juga. Memandangkan budget ala kadar jadi terpaksalah mencari idea untuk letak barang2 tersebut dalam paperbeg. Maka lunch ni, nak keluar cari paperbeg untuk dijadikan hamper. Alasan untuk mencuci mata di lunch hour hari jumaat.

No comments:

Post a Comment