Hari ini Abah (FIL) sedang menjalani pembedahan buah pinggang di Hospital Kota Bharu. Pembedahan ini dijangkakan akan mengambil masa selama 8 jam kerana satu dari buah pinggang perlu dibuang kerana sudah rosak. Abah adalah patient dari wad 29 dan sedang menjalani pembedahan di bilik bedah 3.
Ya Allah, selamatkan bapa mertuaku, kami masih memerlukan abah untuk meniti kehidupan ini. Ya Allah permudahan segala urusan pembedahan Abah kali ini. Tabahkan hati2 kami untuk menerima apa jua dugaan dariMU.
En.H telah pulang ke kampung malam semalam dengan penerbangan Firefly jam 9.00 malam. Saya tak sempat jumpa En.H balik kerja semalam. Hanya anak2 sempat jumpa papa mereka kerana En.H menaiki teksi ke airport jam 7.10 malam. Anak2 ditinggalkan dirumah sementara menunggu saya pulang dari kerja. Saya sampai di rumah jam 7.15 malam.
Saya dan anak2 tidak pulang ke kampung kerana anak2 sedang exam sekolah agama. Segala urusan rumah saya kena uruskan minggu ini. Itu semua tidak menjadi masalah buat saya. Kesian pula tengok anak2, beberapa hari lepas anak2 diuruskan oleh papanya sementara saya ke KK atas urusan kerja. Kini anak2 hanya bertemankan saya pula ketika papa mereka di kampung.
Google image. Credit to: www.iluvislam.com |
No comments:
Post a Comment