-

Monday, 4 March 2013

Training @ Kota Kinabalu

Kami ber7 sama2 ke KK atas urusan ofis. 5 dari kami terlibat dengan training untuk branch KK dan 2 lagi untuk audit branch KK.

Kami sampai di Lapangan Terbang Kota Kinabalu jam 12.05 tenghari. Cuaca yang panas terik ketika itu. Kami menunggu lama untuk dijemput oleh pihak company. Ada sedikit kelewatan disitu. Di mana kami terpaksa menunggu hampir 1 jam lebih di airport. 

Saya dan Zaini sudah kelaparan.Kami ber2 sempat lagi makan @ KFC di Level 1 Airport KK. Makan cepat2 takut orang lain tunggu kami. Selesai makan cepat2 turun dan setia menunggu lagi. Tapi mereka yang menjemput kami belum datang-datang lagi. Akhirnya kami dijemput setelah hampir sejam lebih menunggu.

Kami menginap @  Grand Borneo

Dari airport kami terus ke hotel Grand Borneo. Mengambil masa dalam 40 minit kerana lunch time. Jalan agak sesak. Tak sabar2 dah nak masuk bilik. Kami sudah kepenatan. 


Kami menghadapi masalah lagi, kami menunggu hampir sejam untuk mendapatkan kunci bilik. Alhamdulilah kami dapat bilik yang agak besar. Tapi ofismate saya iaitu Jo & Saiful mendapat bilik yang kecil, tiada ruang untuk solat.

Peserta training pada 1 & 2 Mac

Kami sangat berpuas hati dengan training yang kami adakan di branch KK. Sambutan dan kerjasama yang bagus dari peserta2. Mereka bersemangat dengan training yang kami adakan. Alhamdulillah. Semua urusan kerja yang diamanahkan dijalankan dengan jayanya.

Semasa mahu pulang ke KL. Flight kami delay hampir 2 jam. Sepatutnya flight kami ke KL pada 7.35 malam. Penguman pertama , delay pada 8.45 malam. Kemudian pengumuman ke 2, delay ke 9.10 malam. 20 minit berada dalam flight. Jam 9.40 malam baru bertolak ke KL. Sampai LCCT jam 12++ malam.

No comments:

Post a Comment