-

Monday 18 March 2013

Kem Bestari Solat & Tuition UPSR

 Sekolah Ganti


Sabtu lepas 16 Mac, Sekolah Kebangsaaan ada sekolah ganti sempena cuti Tahun Baru Cina yang lalu. Jadual asal sepatutnya  pada 9 mac tetapi ditukar kepada 16 Mac. Semua pelajar dari Tahun 1-6 dikehendaki datang pada sesi pagi.

Tahun 1-5 bagi pelajar Islam mengikuti Kem Bestari Solat manakala tahun 1-5 yang bukan islam mengikuti Kem PdP Moral. Bagi pelajar Tahun 6, mereka mengikuti kelas tambahan UPSR seperti hari sabtu2 yang lain.


Baca paper dulu sebelum samapai ke sekolah

Jika ada aktiviti sekolah pada hari sabtu kebiasaannya En.H & saya akan sama2 menghantar anak ke sekolah. Weekend merupakan masa untuk anak2 dan peluang untuk menghantar mereka tidak akan saya lepaskan.

Sebelum ke sekolah kami akan membeli paper The Star. Anak2 saya memang peminat sukan. Masing2 akan baca bahagian sukan dahulu. Bab2 pengetahuan am dan isu2 semasa anak2 saya lebih terrer dari saya. Mereka suka bicang isu2 ini dgn papanya berbanding saya.
 
2 beradik yang sedang membesar

Mereka ber2 lah menghibur suka dan duka saya sekarang. Bila renung2 balik kejap je masa berlalu. Dah besar pun mereka. Kita pun semakin hari semakin meniti hari tua.

No comments:

Post a Comment