-

Tuesday, 12 March 2013

KAE Farm Cameron Highlands


Kami ke Kae Farm pada jam 4.00 petang. Parking disini agak terhad. Pastikan parking anda tidak menganggu lalulintas. Keadaan hujan ketika itu, agak kesejukan untuk membeli barangan disini.

Adik beradik saya mengambil masa agak lama disini kerana teruja dengan sayur2 yang segar, jagung madu, ubi, buah-buahan, fridge magnet dan macam2 lagi. Kebetulan mak tak ikut ketika ini, mak tak larat nak ikut anak2 mak yang kalau memilih memang lama.

Dalam ramai2 adik beradik saya bab2 memilih saya yang paling cepat. Last2 saya yang tunggu mereka dalam kereta. Tak larat menunggu mereka memilih dari satu kedai ke satu kedai. Adik beradik saya  dah hantar barang kat kereta tapi masih nak pergi sekali lagi membeli untuk tambahan.


Inilah adik-beradik saya yang saya tunggu dalam kereta. Gambar ini disnap oleh saya ketika mereka mahu melintas jalan. Happy je mereka, Saya dan Mukhriz yang menunggu punyalah terasa lama.

Kepala Laut
Buah cinta / Lolipop Love
Asam & coklat

Sayur: 8 paket =RM10. Memandangkan kami banyak beli, kami dapat 10 paket =RM10

Buah-buahan. Sebiji limau ini = RM2.

Ubi kentang. Kecil2 je bentuknya.

Kubis purple

Bunga kering. 3= RM10
Keychain

Fridge Magnet

No comments:

Post a Comment