-

Monday, 11 March 2013

Weekend yang memenatkan


Sabtu pagi (9 Mac) Along menyertai Lawatan Pemerhatian Helang  di Port Dickson anjuran Persatuan Sains. Seramai 40 orang pelajar telah menyertai lawatan ini. Pemerhatian Helang ini lebih dikenali sebagai Raptor Watch. Jam 6.45 pagi Along sudah sampai di sekolah Kebangsaan. Kelihatan sudah ramai pelajar berkumpul. Konon2nya nak tunggu sampai Along naik bas tapi saya ada satu tugas lagi yang perlu diselesaikan.

 


Selesai menghantar along ke sekolah, saya pulang ke rumah untuk mengambil Mukhriz. Saya terus ke KLIA untuk menjemput En.H yang pulang dari Kota Bharu dan sampai di KLIA jam 7.45 pagi. Selama 3 hari En.H berada di kampung atas urusan Abah (FIL) yang menjalani pembedahan di HKB.

Pada hari tersebut juga, ahli keluarga saya iaitu adik-beradik saya bersama Mak akan ke Cameron Highland. Mukhriz beriya2 nak ikut pakcik makciknya. Jumpa je papanya kat KLIA terus minta kebenaran papanya. Pada mulanya saya hanya nak tumpangkan Mukhriz sahaja ke Cameron Highlands. Namun, En.H minta saya ke Cameron Highlands menemani Mukhriz. 

Maka saya & Mukhriz ke Cameron Highlands bersama ahli keluarga saya tanpa Along & En.H. Sampai di Cameron Highlands jam 1.00 tengahari. Hujan turun selebat-lebatnya sepanjang petang dan malam. Saya kepenatan kerana sakit mata sejak tengahari jumaat. Banyak masa habiskan dengan tidur di apartment. Apa pun Mukhriz sangat happy bersama nenek dan pakcik makciknya.

No comments:

Post a Comment