-

Tuesday 31 July 2012

5 hari di hospital

Image dari  google.

Arwah Feqah Insyirah dimasukkan ke wad selama 5 hari. Sedih rasanya ketika saya diberitahu oleh pihak hospital yang anak saya terpaksa dijaga dihospital untuk pemeriksaan lanjut. Pulanglah saya ke rumah tanpa membawa pulang anak yang dikandung selama 9 bulan. Anak ini  telah di X-RAY buah pinggang dan jantung. Alhamdulliah Arwah Feqah Insyirah tidak mengalami apa2 masalah berkaitan buah pinggang dan jantung. Yang pastinya anak kecil itu mengalami masalah usus dan perlu menjalani pembedahan.

Berulang alik saya ke hospital selama 5 hari. Hari ke 5, Datuk Dr Zakaria Zahari (Head of Department (Pediatric Surgeon) Ministry of Health, Malaysia) telah datang ke SMC(KPJ) untuk melawat Arwah Feqah Insyirah. Alhamdulliah saya dan En.H mendapat keterangan lanjut tentang penyakit yang dialami oleh Arwah Feqah Insyirah. Arwah Feqah Insyirah telah dibenarkan dibawa pulang ke rumah.

Duhai anak, walaupun bagaimanapun keadaan mu, mama dan papa akan pastikan kamu mendapat yang terbaik sepanjang hidupMu. Dugaan dari Allah ini ku tempuhi dengan penuh kesabaran.

HadirMu (arwah feqah Insyirah)  membuatkan ku rasa terlalu indah. Merindui dirimu juga terlalu indah. Walaupun rindu yang datang itu satu penyeksaaan. Hadirmu yang membawa bahagia. Kan abadikan kenangan terindah itu hingga akhir hayat. Hadirmu(Arwah feqah Insyirah) membawa CINTA, cinta terhadap seorang anak dan CINTA YANG KEKAL ABADI (KepadaMU YA ALLAH AKU BERSERAH, engkau Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani).


 

                   

Friday 27 July 2012

Goodies Bag Terakhir Buat Kekwn @ Tadika Jalinan City

Goodies bag ini sudah lama arwah Feqah Insyirah simpan untuk birthday 5 tahunnya
2 bulan 2 hari Arwah Feqah Insyirah telah kembali ke Rahmatullah. Hari ni, 27 July merupakan tarikh lahirnya. Walaupun empuanya diri sudah tiada di dunia ini, namun saya tetap buatkan goodies bag untuknya. Kenapa perlu saya lakukan begitu?

Birthday tag untuk arwah Feqah Insyirah yang tertulis tarikh lahir, tarikh kembali ke Rahmatullah dan tarikh dikebumikan.
Ini kerana dah lama arwah Feqah Insyirah simpan goodies bag ini. Arwah Feqah Insyirah pernah berkata "mama, nanti birthday Feqah, mama kasi goodies ni tau, Feqah nak kasi kekwn kat tadika". Maka saya memenuhi permintaan itu. Arwah Feqah Insyirah tetap dekat di hati kami.

Goodies bag diberikan kepada guru kelas tadika Arwah Feqah untuk diberikan kepada kekwn Arwah.
Tahun ni, cikgu kelas arwah Feqah Insyirah yang berikan goodies bag ini kepada kekwnnya. Jika dulu, arwah Feqah Insyirah yang paling suka nak bagi goodies bag pada kekwn tak kira samaada birthdaynya ataupun birthday abangnya. Semua itu adalah kenangan yang tak dapat dilupakan.

27 July - lahirnya Arwah Feqah Insyirah

Hadirmu terlalu indah dalam hidup ni.

Arwah Feqah Insyirah dilahirkan pada 27 July2007(JUMAAT) di Selangor Medical Centre (KPJ Selangor) tepat jam 2.09 ptg. Sungguh nikmat dianugerah seorang anak perempuan. Kelahirannya disambut dengan rasa syukur dan redha dengan ketentuan Illahi. Anak yang dilahirkan mengalami sedikit masalah iaitu berkaitan dengan usus.

Hati ibu mana yang tak tersentuh bila diberitahu oleh Doktor dan suami. Hati isteri mana yang tak hiba bila mendengar suara seorang suami mengazankan dan mengomatkan anak dengan suara yang sedu dan hiba.

YA ALLAH, kami diuji dengan kelahiran ini. Kami redha dengan apa yang diberikan. Kami berjanji untuk menjaga anak/ amanah ini sebaik mungkin. Sesungguhnya kami sangat bahagia dengan anugerah yang terhingga ini. 

Hadirnya Arwah Feqah Insyirah terlalu indah bagi kami. Kebahagiaan itu tidak dapat diolah dengan kata2. YA ALLAH Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang tahu. Allah Maha Mengetahui dan Maha Segala-galanya.




Hadirnya arwah Feqah Insyirah memerlukan seribu pengorbanan. Pergorbanan ini tiada kemenangan melainkan dengan berkat dan pertolonganMU. Kau tempatku meminta, kau beriku bahagia, jadilah aku selamanya hambaMu yang selalu bertaubat.

Allah SWT berfirman, “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (asy-Syura: 49-50).

“Anak itu hanyalah pinjaman, sama seperti diri kita ini yang merupakan pinjaman juga. Sampai masa dan aturannya, pinjaman itu harus dikembalikan kepada tuannya.”

Apabila Allah mengambil orang yang kita sayang, Allah menunjukkan bahawa kasihNya mengatasi kasih kita.Bagaimana besarnya kasih kita pada anak, kita  tidak mungkin mampu memberi sebaik yang Allah sediakan untuknya di alam sana.

Wednesday 25 July 2012

Juadah Ramadhan dari Kg

Kuih muih dari pasar ramadhan Kelantan

Selasa 24 July (4 Ramadhan) En.H pulang ke kg atas urusan kerja. Memang menjadi kebiasaan setiap kali pulang ke kampung di bulan puasa, En.H akan membawa pulang juadah dari Pasar Ramdhan. Begitu juga tahun ni. Kuih muih yang di bawa pulang. semuanya manis2. Kuih jala emas nii sedap rasanya, walaupun manisnya melekat dibibir bila dimakan.

4 ketul ayam percik putih, 3 biji Solok Lada dan Kerabu nasi kerabu
Ayam percik ada 2 jenis kuah iaitu kuah merah dan kuah putih. Saya lebih suka ayam percik kuah putih. Terkejut saya melihat En.H bawa pulang 4 ketul ayam percik. Rupa-rupanya 2 yang dibeli sendiri oleh En.H dan 2 ketul lagi diberi oleh rakan En.H. Seketul ayam percik ini berharga RM6.

 Ayam percik putih dan Kerabu nasi kerabu yang telah dihidangkan
En.H sampai di rumah jam 10.40mlm. Masing2 tak sabar2 nak makan sebab masa berbuka tadi saya dan anak2 cuma makan nugget dan fries je. Makan ringan2 sebab nak tunggu En.H bawa pulang juadah berbuka dari Kampung. Hanya sempat snap gbr ayam percik dan kerabu yang dimasukkan di dalam pinggan. Dah tak sabar nak makan masa tu. Kang bila snap gambar lain lambat lak nak makan.

Kacang dan Toblerone yang sering di minta oleh anak2 bila En.H balik Outstation
Setiap kali En.H oustation anak2 suka sgt dengan kacang terutamanya arwah Feqah. Nampak je papa pulang mesti tanya "papa, nak kacang, papa bawak balik tak?". Kini, bila nampak kacang ini di atas meja semlm terasa sayu sgt. Teringat kat arwah Feqah Insyirah. Jika En.H naik airasia mesti arwah Feqah Insyirah akan tanya "papa, beli coklat tak?".

Tuesday 24 July 2012

Bila LRT problem

 
 google image
 Isnin 24 july merupakan hari pertama kerja di bulan Ramadhan. Waktu balik jam 5.00 petang.  Memandangkan balik pukul 5, surau pun penuh kerana masing2 nak solat asar dulu sebelum pulang. Hati berkata2, sempat sembahyang kat rumah ni. Maka, jam 5.00 petang bergegas mahu pulang ke rumah dengan semangat berkobar2 nak balik masak untuk berbuka. Sampai di LRT Sultan Ismail ada pengumuman yang mengatakan "LRT ke Sg.Besi, Bukit Jalil dan Sri Petaling mengalami masalah teknikal". 

Terus mengambil keputusan untuk turun di stesen LRT Bandaraya untuk solat asar di surau SOGO. Sempat lagi bertanya pada staf LRT agak2 pukul berapa LRT kembali beroperasi ke stesen Sri Petaling. Kata staf LRT "akak try datang jam 6.15 mungkin LRT dah ok". Saya terus ke surau untuk solat asar. Memandang masih lama lagi maka saya pun ingin membaca YASSIN di surau tersebut. Semasa saya membuka almari di surau tersebut saya ternampak satu buku ini iaitu buku yang bertajuk "SEMBAHYANG SUNAT". Tetiba hati terdetik untuk memilik buku tersebut. Selepas selesai membaca YASSIN terus saya ke kedai buku MINERVA yang terletak berdekatan dengan SOGO.

2 buku yang dibeli dari kedai buku Minerva


Masuk kedai buku MINERVA terus tanya staf kedai kat mana nak dapatkan buku "SEMBAHYANG SUNAT". Alhamdulilah dapat buku tersebut. Sambil2 tuu tinjau2 juga buku lain. Hati tertarik untuk memiliki buku yang bertajuk "Rahsia Kekuatan Surah Yassin". Dah lama saya nak beli buku ni. Tambah2 lagi sekarang bulan Ramdhan, lagi banyak amalan yang diperlukan untuk mencari keredhaan Ilahi. Sejak arwah Feqah Insyirah tiada, masjid dan surau sering menjadi pilihan kami sekeluarga setiap hari. Kami berasa begitu tenang berada di surau dan masjid. Tambah2 lagi rumah saya sangat dengan masjid. YA ALLAH, jangan Engkau palingkan hati ini setelah Engkau berikan Hidayah.

Makanan yg ditapau. Gulai telur msk kuning, rendang daging, rendang ayam dan tempe campur kacang tanah.

Selesai beli buku. Ke food court food SOGO @ Level 6 untuk tapau makanan untuk berbuka puasa. Jam 6.10 ke stesen LRT tapi LRT ke Stesen Sri Petaling masih belum beroperasi. Agak kecewa disitu, tapi saya redah juga naik LRT. Alhamdulilah semasa di Stesen Cheras. Ada pengumuman LRT telah beroperasi seperti biasa. Jam 6.40 sampai dengan jayanya di Stesen Sri Petaling. Jalan clear sebab ramai yang tersangkut dek masalah teknikal LRT ke Bukit Jalil dan Sri Petaling.

Sempat goreng ikan siakap

Sampai rumah jam 7.00. Sempat lagi goreng ikan siakap untuk tambahan menu yang dibeli tadi.

Juadah Ramadhan dari Seksyen 18 Shah Alam


Dari Plaza Shah Alam ke Pasar Ramadhan Seksyen 18. Hanya saya dan Mukhriz ke pasar tersebut. Memandangkan saya takut Mukhriz tergoda dengan bau2 makanan. Maka hanya sebentar sahaja di sana. Beli apa yang patut dan terus ke kereta semula. Hasilnya adalah seperti dibawah. 


Hanya 4 lauk yang dipilih( ikan percik, ikan bakar, daging masak hitam & ayam bakar)

Murtabak, Akok dan Goreng Cempedak

Cendol dan Air Kedondong Asam Boi menjadi pilihan

Monday 23 July 2012

Weekend @ Plaza Shah Alam, Seksyen 9

Decoration Plaza Shah Alam Sempena Bulan Puasa & Selamat Hari Raya 2012

Ahad petang ke Shah Alam untuk ke kedai gunting rambut yang terletak di Seksyen 3, berdekatan Restoran Syed. Kedai gunting rambut ini menjadi pilihan EN.H sejak student lagi dan kini diikuti oleh anak2 saya kini. Sanggup datang ke Shah Alam semata2 untuk gunting rambut di kedai ini. Selesai gunting rambut, aktiviti seterusnya ialah ke Plaza Shah Alam. Inilah decoration Plaza Shah Alam 2012. Setiap tahun saya akan datang ke Plaza Shah Alam untuk membeli baju kurung arwah Feqah Insyirah disini. Mulai tahun ini, saya tidak perlu lagi membeli baju kurung untuknya(arwah Feqah Insyirah). Sangat suka membeli baju kurung disini kerana banyak pilihan dan harga yang berpatutan. Lagipun disini keadaan yang selesa sebab tak ramai sangat pengunjung. Sgt sesuai bila bawa anak2. Konon2 nak cuci mata sahaja, tapi saya sempat juga rembat satu jubah hitam bersulam pink. 


Misi utama ke sini ialah untuk potong seluar jean En.H. Disinilah tempatnya. Kedai ini pun merupakan tempat favourite En.H sejak student lagi. Dulu kedai ini di PKNS kemudian berpindah ke Plaza Shah Alam. Jahitannya sangat kemas. 



Singgah di MBG FruitShop. Buah mangga menarik perhatian Mukhriz. 


Saya pula tertarik dengan gula kurma ini. Dan beli 1 botol untuk Ramadhan kali ini.


Ramai yang datang membeli buah di  MBG FruitShop. Maka beratur la kami membuat bayaran. Inilah hasil belian di MBG fruits. Agenda seterusnya untuk singgah di pasar ramadhan seksyen 18 sebelum pulang ke rumah @ Bandar Kinrara.

Bila lelah/asma




Jumaat 20 July.  Along mengalami lelah/asma. Jam menunjukkan12.00 mlm. Terus bergegas ke  Pusat Perubatan KPMC PUchong. Mukhriz dah tidur. En.H dukung Mukhriz masuk ke dalam kereta. Saya pula memimpin along. Perjalanan dari rumah ke Pusat Perubatan KPMC agak jem di depan IOI walaupun jam dah 12malam. Depan IOI, ada lencongan rupanya. Keadaan itu disebabkan pembinaan LRT yang kian kiat berlangsung dikawasan tersebut. Sampai di hospital jam 12.15malam. Hanya saya dan along je yang masuk ke  Pusat Perubatan KPMC. En.H pula menunggu di dalam kereta kerana Mukhriz yang sedang lena tidur dalam kereta.

                                   

Along terus dibawa jumpa Doktor yang bertugas. Dan diberikan gas untuk melegakan lelah/asma. Memandangkan esok puasa along dah mula tak sedap hati. Kejap2 cakap "mama along nak puasa esok". Saya menjawap "baiklah, kita dgr dulu apa kata doktor nanti". Alhamdulilah selepas kena sedut gas. Along nampak ok dan boleh puasa esok hari. Jam 1.00 pagi sampai rumah. Jam 4.30 bangun sahur untuk Ramdhan yang pertama.

“Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru.”

Thursday 19 July 2012

SelamaT BerpuasA


SELAMAT BERPUASA


Perkataan yang cantik mestinya ALLAH
Lagu yang merdu iaitu AZAN
Novel yang menarik iaitu Al-QURAN
Senaman yang baik adalah SEMBAHYANG
Diet yang mujarab pula ialah tentunya PUASA

Tiada hari seindah JUMAAT
Tiada kata seindah ZIKIR
Tiada ibadat seindah SOLAT
Tiada BULAN seindah RAMADHAN

Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya diketahui :
  • Bulan keampunanyang penuh berkat untuk hamba-hambaNYA yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa. 
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Di gandakan pahala amalan pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bln Ramadhan. Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri. Mohonlah keampuanan di bulan Ramadhan yang mulia ini.
  • Kegembiraan orang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.

Souvenir dari Singapore

Keychain untuk diberikan kepada kekwn

Fridge Magnet untuk anak2 kasi pada cikgu

Fridge magnet untuk diberi kepada adik beradik

Minggu ni tak sempat nak update blog dek kesibukan kerja dan kekurangan idea disebabkan keadaan kesihatan yang tidak menentu. Selsema dan batuk membuatkan saya malas nak mengupdate blog.

Friday 13 July 2012

Kita Hanya Merancang


Kita sering merancang. Kita sering bercita-cita. Kita sering ingin mengubah diri kepada yang lebih baik. Begitu juga saya. Saya sering bercita-cita untuk menjadi ibu yang terbaik, isteri yang soleh dan baik dan menjadi anak yang taat kepada ibubapa dan medoakan ibubapa.

Sesuatu benda yang ingin dilakukan perlukan perancangan yang sewajarnya. Setiap tahun saya akan merancang sesuatu yang istimewa kepada anak2 saya terutamanya pada hari kelahiran mereka. Pastinya saya akan memilih untuk membawa mereka berehat bersama keluarga. Kebiasannya saya akan  booking hotel pada hari kelahiran anak2.

Tapi kali ini dan tahun ini. Saya telah merancang untuk membawa arwah Feqah Insyirah ke KOTA SINGA. Walaupun arwah Feqah Insyirah dilahirkan pada 27 july. TAPI kami merancang untuk ke KOTA SINGA pada 14/7/2012(sabtu) dan 15/7/2012 (ahad) kerana 27 july itu jatuh pada bulan ramadhan.

Arwah Feqah Insyirah :mama, bila birthday Feqah?
Mama : July Feqah. Kenapa?
Arwah Feqah Insyirah : Lama lagi tak nak birthday Feqah
Mama: Lambat lagi kenapa?
Arwah Feqah Insyirah : Tahun nii mama nak bawa Feqah gi hotel mana?
Mama: Mama tak sure lagi laa. Tapi mama nak bawa Feqah Ke KOTA SINGA.
Arwah Feqah Insyirah: KOTA SINGA itu apa mama?
Mama: Feqah tunggulah. Mama pasti tempat tuu best untuk Feqah.
Arwah Feqah Insyirah : Kalau Feqah tak dapat pergi cam mana?
Mama: Kenapa tak dapat pergi? Kan mama dah rancang. Nanti mama book lah. Nanti mama tgk tiket flight dan beli tiket.

Beberapa hari kemudian arwah Feqah Insyirah bertanya lagi.

Arwah Feqah Insyirah :mama, dah beli ke tiket flight?
Mama: Dah papa dah suruh mama beli
Arwah Feqah Insyirah :kalau Feqah gi KOTA SINGA. Birthday MuQis gi mana?
Mama: Mama dan Papa tak plan lagi?
Arwah Feqah Insyirah :Kenapa mama tak plan selalu mama dah tahu kan apa nak kasi kan.
Mama: MuQis pun birthday bln puasa. Yang MuQis nanti mama dan papa fikirkan.
Arwah Feqah Insyirah: Birthday Along? mama dan papa nak bawa along gi mana?
Mama: Along punya pun mama tak tahu lagi
Arwah Feqah Insyirah: Kalau Feqah tak dapat pergi, mama pergi tak bawa along dan MuQis?
Mama: Kenapa Feqah tak pergi. Kan mama nak bawa semua anak2 mama.

KINI, saya sudah jelas apa yang diperkatakan oleh arwah Feqah Insyirah. Ternyata arwah Feqah Insyirah tidak pergi ke KOTA SINGA. Tak pe nak(arwah Feqah Insyirah). Mama tahu kamu(arwah Feqah Insyirah) lebih bahagia disana. Mama kan tetap bawa abang2 mu seperti yang dijanjikan.

Maka esok pagi 14/7/2012 (sabtu) kami kan terbang dan ke KOTA SINGA untuk melaksanakan rancangan kami tanpa arwah Feqah Insyirah.

Kita hanya merancang  TETAPI kita harus ingat Allah telah mempunyai perancangan-Nya yang lebih sempurna.

Wednesday 11 July 2012

Terlalu Istimewa

Terlalu Istimewa 
(nyanyian Adibah Noor menyentuh hati ini)


Klik youtube nyanyian Adibah Nor. 
Tatapi gambar di bawah (arwah Feqah Insyirah)
dan bait -bait kata dalam lirik lagu ini.



Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu



Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai



Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju




Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara




Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu


Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia


Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…

Monday 9 July 2012

Ziarah kubur



Dari Anas bin Malik bahawa Nabi saw. bersabda, "Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, sekarang ziarahilah kerana ia dapat melembutkan hati, mengalirkan air mata dan mengingatkan kepada akhirat dan janganlah kamu berkata perkara yang tidak baik". (HR al-Hakim)

Abu Said al-Khudri berkata Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, sekarang ziarahilah, kerana padanya terdapat pengajaran". (HR Ahmad dan al-Hakim)

Nabi saw. bersabda, "Aku dahulunya menghalang kamu dari menziarahi kubur maka sekarang ziarahilah kubur kerana ia boleh menjadikan kamu zuhud terhadap dunia dan mengingati akhirat". (HR Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw. bersabda, “Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkan kamu kepada kematian.” (HR Muslim).

Dari Sulaiman bin Buraidah dari ayahnya (Buraidah), Nabi saw. mengajarkan kepada mereka (para sahabat) apabila menziarahi perkuburan hendaklah ucapkan : "Salam sejahtera wahai penghuni kubur dari kalangan mukminin dan muslimin, sesungguhnya kami insya Allah akan menyusuli kamu semua, kami mohon keselamatan daripada Allah untuk diri kami dan untuk kamu semua". (HR Muslim)

Thursday 5 July 2012

Ziarah pusaramu dan Majlis Tahlil


Mama, Papa, Along dan MuQis kan pulang untuk ziarah pusaramu nak(arwah Feqah Insyirah). Tak sabar rasanya untuk ke pusaramu. Dari airport Mama, Papa, Along dan MuQis kan terus singgah dipusaramu. Malam kan ada Majlis Tahlil untukmu nak(arwah Feqah Insyirah).

Anak Itu Kupu-Kupu Syurga

Kini, tiada lagi senyumanmu

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Kini, tiada lagi gurau senda dan pelukanmu

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Kini, tiada lagi peneman shopping ku

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Kini, tiada lagi peneman ketika makanku
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Kini, tiada lagi layananku untukmu

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu.."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wednesday 4 July 2012

RiNdU



Kembalinya arwah Feqah Insyirah ke Rahmatullah terlalu berat untuk kami sekeluarga hadapi. Kesabaran itu senang diucapkan tapi kesabaran itu sebenarnya bukan satu yang mudah. 





Kerinduan itu terlalu perit, pahit dan kekadang sebak didada. Kerinduan yang tidak boleh diungkaikan oleh kata-kata. Kerinduan itu membuatkan hati ni berkata "YA ALLAH, sungguh nikmat kau anugerahkan si kecil itu kepada kami."




Air mata sering mengalir membasahi pipi. Bukan bermakna kesedihan yang melanda. TAPI air mata kerana KERINDUAN.
Kerinduan yang mendalam lahir dari naluri seorang ibu terhadap seorang anak. Kerinduan yang mendalam lahir dari naluri seorang bapa terhadap seorang anak. Kerinduan yang mendalam lahir dari naluri seorang anak terhadap adik-beradiknya.






Kerinduan itu membuatkan dugaan ini adalah anugerah yang terindah dari Allah. Andai  tidak tabah mungkin kan tersungkur rebah di pertengahan jalan. Aku yang kegelapan sedang mencari sinarmu. Bimbinglah hambaMu ini ke jalan yang diredhai.



Kerinduan itu mengajar erti SYUKUR. Syukur kerna pernah memiliki insan kecil ini. Syukur kerna di beri peluang memilikinya.Ya ALLAH, terima Kasih kerana telah meminjamkan arwah Feqah Insyirah kepada kami sekeluarga walaupun hanya SEKETIKA. Dengan izinMU kami pernah miliki kenangan terindah dari arwah Feqah Insyirah.