-

Friday, 27 July 2012

27 July - lahirnya Arwah Feqah Insyirah

Hadirmu terlalu indah dalam hidup ni.

Arwah Feqah Insyirah dilahirkan pada 27 July2007(JUMAAT) di Selangor Medical Centre (KPJ Selangor) tepat jam 2.09 ptg. Sungguh nikmat dianugerah seorang anak perempuan. Kelahirannya disambut dengan rasa syukur dan redha dengan ketentuan Illahi. Anak yang dilahirkan mengalami sedikit masalah iaitu berkaitan dengan usus.

Hati ibu mana yang tak tersentuh bila diberitahu oleh Doktor dan suami. Hati isteri mana yang tak hiba bila mendengar suara seorang suami mengazankan dan mengomatkan anak dengan suara yang sedu dan hiba.

YA ALLAH, kami diuji dengan kelahiran ini. Kami redha dengan apa yang diberikan. Kami berjanji untuk menjaga anak/ amanah ini sebaik mungkin. Sesungguhnya kami sangat bahagia dengan anugerah yang terhingga ini. 

Hadirnya Arwah Feqah Insyirah terlalu indah bagi kami. Kebahagiaan itu tidak dapat diolah dengan kata2. YA ALLAH Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang tahu. Allah Maha Mengetahui dan Maha Segala-galanya.




Hadirnya arwah Feqah Insyirah memerlukan seribu pengorbanan. Pergorbanan ini tiada kemenangan melainkan dengan berkat dan pertolonganMU. Kau tempatku meminta, kau beriku bahagia, jadilah aku selamanya hambaMu yang selalu bertaubat.

Allah SWT berfirman, “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (asy-Syura: 49-50).

“Anak itu hanyalah pinjaman, sama seperti diri kita ini yang merupakan pinjaman juga. Sampai masa dan aturannya, pinjaman itu harus dikembalikan kepada tuannya.”

Apabila Allah mengambil orang yang kita sayang, Allah menunjukkan bahawa kasihNya mengatasi kasih kita.Bagaimana besarnya kasih kita pada anak, kita  tidak mungkin mampu memberi sebaik yang Allah sediakan untuknya di alam sana.

No comments:

Post a Comment