Decoration Plaza Shah Alam Sempena Bulan Puasa & Selamat Hari Raya 2012 |
Ahad
petang ke Shah Alam untuk ke kedai gunting rambut yang terletak di
Seksyen 3, berdekatan Restoran Syed. Kedai gunting rambut ini menjadi
pilihan EN.H sejak student lagi dan kini diikuti oleh anak2 saya kini.
Sanggup datang ke Shah Alam semata2 untuk gunting rambut di kedai ini.
Selesai gunting rambut, aktiviti seterusnya ialah ke Plaza Shah Alam.
Inilah decoration Plaza Shah Alam 2012. Setiap tahun saya akan datang ke
Plaza Shah Alam untuk membeli baju kurung arwah Feqah Insyirah disini.
Mulai tahun ini, saya tidak perlu lagi membeli baju kurung
untuknya(arwah Feqah Insyirah). Sangat suka membeli baju kurung disini
kerana banyak pilihan dan harga yang berpatutan. Lagipun disini keadaan
yang selesa sebab tak ramai sangat pengunjung. Sgt sesuai bila bawa
anak2. Konon2 nak cuci mata sahaja, tapi saya sempat juga rembat
satu jubah hitam bersulam pink.
Misi utama ke sini ialah untuk potong seluar jean En.H. Disinilah tempatnya. Kedai ini pun merupakan tempat favourite En.H sejak student lagi. Dulu kedai ini di PKNS kemudian berpindah ke Plaza Shah Alam. Jahitannya sangat kemas.
Singgah di MBG FruitShop. Buah mangga menarik perhatian Mukhriz.
Saya pula tertarik dengan gula kurma ini. Dan beli 1 botol untuk Ramadhan kali ini.
Ramai yang datang membeli buah di MBG FruitShop. Maka beratur la kami membuat bayaran. Inilah hasil belian di MBG fruits. Agenda seterusnya untuk singgah di pasar ramadhan seksyen 18 sebelum pulang ke rumah @ Bandar Kinrara.
Thanks for support MBG FruitShop, from Thomas, MBG FruitSHop
ReplyDelete