Jumaat
20 July. Along mengalami lelah/asma. Jam menunjukkan12.00 mlm. Terus
bergegas ke Pusat Perubatan KPMC PUchong. Mukhriz dah tidur. En.H dukung Mukhriz masuk
ke dalam kereta. Saya pula memimpin along. Perjalanan dari rumah ke Pusat Perubatan KPMC
agak jem di depan IOI walaupun jam dah 12malam. Depan IOI, ada
lencongan rupanya. Keadaan itu disebabkan pembinaan LRT yang kian kiat
berlangsung dikawasan tersebut. Sampai di hospital jam 12.15malam.
Hanya saya dan along je yang masuk ke Pusat Perubatan KPMC. En.H pula menunggu di dalam
kereta kerana Mukhriz yang sedang lena tidur dalam kereta.
Along
terus dibawa jumpa Doktor yang bertugas. Dan diberikan gas untuk
melegakan lelah/asma. Memandangkan esok puasa along dah mula tak sedap
hati. Kejap2 cakap "mama along nak puasa esok". Saya menjawap "baiklah,
kita dgr dulu apa kata doktor nanti". Alhamdulilah
selepas kena sedut gas. Along nampak ok dan boleh puasa esok hari. Jam
1.00 pagi sampai rumah. Jam 4.30 bangun sahur untuk Ramdhan yang
pertama.
“Asma
atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi
termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan
kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru.”
No comments:
Post a Comment