-

Friday, 13 July 2012

Kita Hanya Merancang


Kita sering merancang. Kita sering bercita-cita. Kita sering ingin mengubah diri kepada yang lebih baik. Begitu juga saya. Saya sering bercita-cita untuk menjadi ibu yang terbaik, isteri yang soleh dan baik dan menjadi anak yang taat kepada ibubapa dan medoakan ibubapa.

Sesuatu benda yang ingin dilakukan perlukan perancangan yang sewajarnya. Setiap tahun saya akan merancang sesuatu yang istimewa kepada anak2 saya terutamanya pada hari kelahiran mereka. Pastinya saya akan memilih untuk membawa mereka berehat bersama keluarga. Kebiasannya saya akan  booking hotel pada hari kelahiran anak2.

Tapi kali ini dan tahun ini. Saya telah merancang untuk membawa arwah Feqah Insyirah ke KOTA SINGA. Walaupun arwah Feqah Insyirah dilahirkan pada 27 july. TAPI kami merancang untuk ke KOTA SINGA pada 14/7/2012(sabtu) dan 15/7/2012 (ahad) kerana 27 july itu jatuh pada bulan ramadhan.

Arwah Feqah Insyirah :mama, bila birthday Feqah?
Mama : July Feqah. Kenapa?
Arwah Feqah Insyirah : Lama lagi tak nak birthday Feqah
Mama: Lambat lagi kenapa?
Arwah Feqah Insyirah : Tahun nii mama nak bawa Feqah gi hotel mana?
Mama: Mama tak sure lagi laa. Tapi mama nak bawa Feqah Ke KOTA SINGA.
Arwah Feqah Insyirah: KOTA SINGA itu apa mama?
Mama: Feqah tunggulah. Mama pasti tempat tuu best untuk Feqah.
Arwah Feqah Insyirah : Kalau Feqah tak dapat pergi cam mana?
Mama: Kenapa tak dapat pergi? Kan mama dah rancang. Nanti mama book lah. Nanti mama tgk tiket flight dan beli tiket.

Beberapa hari kemudian arwah Feqah Insyirah bertanya lagi.

Arwah Feqah Insyirah :mama, dah beli ke tiket flight?
Mama: Dah papa dah suruh mama beli
Arwah Feqah Insyirah :kalau Feqah gi KOTA SINGA. Birthday MuQis gi mana?
Mama: Mama dan Papa tak plan lagi?
Arwah Feqah Insyirah :Kenapa mama tak plan selalu mama dah tahu kan apa nak kasi kan.
Mama: MuQis pun birthday bln puasa. Yang MuQis nanti mama dan papa fikirkan.
Arwah Feqah Insyirah: Birthday Along? mama dan papa nak bawa along gi mana?
Mama: Along punya pun mama tak tahu lagi
Arwah Feqah Insyirah: Kalau Feqah tak dapat pergi, mama pergi tak bawa along dan MuQis?
Mama: Kenapa Feqah tak pergi. Kan mama nak bawa semua anak2 mama.

KINI, saya sudah jelas apa yang diperkatakan oleh arwah Feqah Insyirah. Ternyata arwah Feqah Insyirah tidak pergi ke KOTA SINGA. Tak pe nak(arwah Feqah Insyirah). Mama tahu kamu(arwah Feqah Insyirah) lebih bahagia disana. Mama kan tetap bawa abang2 mu seperti yang dijanjikan.

Maka esok pagi 14/7/2012 (sabtu) kami kan terbang dan ke KOTA SINGA untuk melaksanakan rancangan kami tanpa arwah Feqah Insyirah.

Kita hanya merancang  TETAPI kita harus ingat Allah telah mempunyai perancangan-Nya yang lebih sempurna.

No comments:

Post a Comment