-

Monday 31 December 2012

Jom Heboh 2012 @ Bukit Jalil

Pepagi ahad 30/12/2012  kami ke Jom Heboh yang diadakan di Stadium Bukit Jalil. Jom Heboh ini berlangsung pada 29 dec 2012 -30 dec 2012.


Mukhriz & maskot Ribena

 
2 botol ribena ini RM10. Dapat join games ribena ini. Along & mukhriz dapat sticker ribena. Nampak tak perbezaan 2 botol rinena diatas? 1 botol yang tidak dilekat sticker ribena dan 1 lagi dilekat dengan sticker ribena. Itu kerja along, habis 1 botol ribena dilekatkan pada botol ribena itu.
Beli Teh Boh. Dapat free Mug & paket Teh Boh pelbagai perisa. Design beg BOH cantik sebab tak bukan bentuk 4 segi seperti beg2 yg lain.

Cuaca panas walaupun masih awal lagi. 1 tin air teh boh ini RM1. Kejap je sedut dah habis. Panas cuacanya. Beli seorang satu.


2 paket teh lipton (40 uncang) + Lady Choice + Tumbler = RM10. Dapat lagi 9 sample teh lipton yang setiap 1 sample mengandungi 3 uncang teh. Expired 2015.


Kellogg's ini buy 2 free 2. Murah-murah gak. Tapi kena tengok bila expirednya. Lambat lagi iaitu July 2013. Rempat juga, cuma RM10

 Booth Sime Darby. 1 kartoon air kotak ini (24 kotak X 250ml) cuma RM5 sahaja. Dapat beg Sime Darby juga. Murah sebab expired end of feb 2013.

  Singgah di booth Mamee. Mukhriz nak beli product mamee sebab nak beg yang ada gambar Safee Sali & Apek. Dapat 3 paket Contos yang berharga 30sen tu.

 Jom LIKE Perodua. Memandangkan tak ramai orang saya pun LIKE perodua. Dapat beg & pen MyV.

Beli product Sunsilk. Dapat juga shower foam Lux dan Fair & Lovely. Konon2 nak tukar Fair & Lovely dgn Lux tapi tak dapat. Tapi dapat 8 sample sunsilk yang setiap 1  ada 1 shampoo + 1 perapi. Kemudian saya sertai games yang disediakan dapat lagi 5 sample Sunsilk

Beli PANTENE dapat free pencuci pinggan dan juga Olay. Olay ini akan diberikan kepada sesapa yang menggunakan Olay

Ini pula hasil dari Booth Univeler. Kesemua product Unilever ini cuma RM20. 
Kami hanya mengambil masa 1 jam setgh sahaja di Jom Heboh. Tak boleh lama2 panas dan berat nak bawa barang. Ini kami duduk tunggu En.H datang dengan kereta. Sambil2 itu minum air kotak Guava perisa Orange dari produk Sime Darby.

No comments:

Post a Comment